13 June 2006

Taman Puisi

SALAM PERJUANGAN

Dalam Keriuhan Suara Yang Bergema
Pasti Tersimpul Ikatan Duka
Menjadi Rencah Dalam kehidupan
Menjalari Liku-Liku Kehidupan
Adakalanya Keterasingan itu perlu
Pada Mentafsir Makna Mimpi
Adakalanya Kesepian itu
Mengajar Erti Kemanusiaan
Jadilah Seperti Helang
Terbang Gagah Meneroka Isi Alam
Seraya Tabah Mengharungi Angin Perubahan
Akhirnya Dia Jurutera Alam
Namun Harus Disadari
Setelah Puas Di Puncak Jaya
Perlu Pula Di Pandang Rumput Di Bumi
Kerna Di Situ Kita Mula Mengenal Dunia
Pergilah Andai Di sana Ada Harapan
Dakilah Andai Puncaknya Matlamat jaya
Gapai Cemerlang,Gemilang Terbilang
Kami Di Sini Mendoakan Kejayaanmu
_______________________________
Perantau
Sesamapainya aku disini
Kakiku tersepak keliru
Saujana dunia palsu
Bertebaran mengeluti fikir
Ah,Pulang sahaja wahai diri
Pakatan damaimu terusi di ombak
celaru hati digigit lagi
Nyanyi burung bukan untukmu
Akukah yang keliru
atau simpul jahil benakku
menghurai temali budaya
Dibelit,terjerit..................

0 Ulasan:

Template by:
Free Blog Templates