18 February 2008

Pilih, Pilihan , Raya dan pilihanraya

Bahang pilihanraya kian membara berasap dan menanti saat ianya akan bernyala. Pastinya tauke-tauke warong kopi di kampung-kampung, Peniaga kain pelekat,kopiah dan baju "pagoda" tersenyum girang almaklumlah pastinya jualan mereka laris bagaikan goreng pisang panas.

Pada waktu berkempen inilah kita melihat YB berkain pelikat datang berjemaah di masjid walaupun hanya 5 tahun sekali pun mungkin barangkali sudah puas menghafal jalan-jalan ke masjid. Tidak kurang juga semalaman tidak lena mengatur gula pada kata supaya manisnya lebih hebat daripada madu. Dan kita melihat inilah detik-detik calon YB kita mengira berapakah budget untuk belanja minum,nak derma masjid,nak beli beras untuk hadiah orang kampung.

Kalau dahulu jalan kampung berdebu. Tetapi kini kontraktor sibuk menurap jalan tar yang baru, kalau dulu pekan dan desa senyap bagai terpinggir tapi kini ianya bertukar pentas pidato yang bagaikan medan universiti. Dan termanggulah sekali lagi orang-orang kampung yang semakin keliru yang mana kayu,yang mana batu atau mungkin yang mana badut sedang beraksi.

Orang kampung pula bertikam-tikam tanpa senjata di kedai kopi.Bebudak pula sibuk berkerja bak kata orang "ada kerja ada gaji" . Deretan kereta import mencemar duli mencecah merahnya tanah ,hitamnya gambut.

Selepas pilihanraya desa itu kembali sepi bagai tiada apa yang berlaku. YB "bersuara madu" hilang bersama lebah-lebahnya. Janji kan tinggal janji maka orang kampung pun hilang seleranya berkata-kata lagi.

Itulah serba sedikit sitcom lawak pilihanraya kita. Bahkah bagi orang-orang kampung riuhnya seketika tunggulah pilihanraya sekali lagi"berpestalah kita".

Tidakkah kita sedar bahawa kita akan dituntut di akhirat tentang siapa yang kita pilih menjadi ketua? Andai pemimpin yang kita pilih tidak dapat menjadi hamba kepada rakyat siapa yang harus di persalahkan ?....

Tepuk dada tanyalah diri anda........

5 Ulasan:

Anonymous said...

kullukum ra-'in wa kullukum mas-u-lun 'an ra'iyati.

Mak Su said...

hah hah hah, xtvt 5 tahun sekali

Anonymous said...

Ah, ini semua mainan orang 'atas' - kita marhaen dipermainkan ...

Unknown said...

undi jgn tidak2 :)

Anonymous said...

трах малолеток на пляже http://free-3x.com/ скачать порно день студента курское free-3x.com/ частное порно подростки [url=http://free-3x.com/]free-3x.com[/url]

Template by:
Free Blog Templates