03 November 2008

Jendela kenangan


Sesekali bilamana menjenguk mimpi yang kian hari semakin asyik mengulit lena. Aku bagaikan terpenjara sendiri. Berapa lamakah lagi harus aku menghintung jejak waktu kehidupan ini?. Sepi tiada jawapan yang aku perolehi walaupun sebaris cuma.


Al Hamdulillah, setelah puas aku merenangi lautan ujian yang ku anggapkan tidak bertebing rupanya akan di temukan aku akan dataran yang indah dan mempersonakan. Dahulu diriku hanyalah berpakaian hina dan caci. Tetapi kini ianya hampir bertukar corak meskipun, belum sempurna adanya.

Di kesempatan yang begini seringkali aku mengutip ilham yang menerpa tiba-tiba. Untaian kata-kata penuh semangat yang terluah dari bibir seorang ustaz yang amat aku kagumi bagaikan menghantui pustaka fikirku. "Ingatlah tuhan takkan selamanya menguji insan. Ujian yang di timpakan ke atas kita adalah mengikut kemampuan kita untuk menyelesaikannya, dan ingatlah ujian ini adalah untuk mengangkat martabat kita di sisi Allah".

Masih jelas di ruang ingatanku, suatu ketika dahulu aku pernah diftnah melakukan perkara syirik (memelihara jembalang) sedangkan rupa dan siapa jembalang pun aku tak tahu bagaimana. Tidak cukup dengan itu aku turut di katakan sebagai pengikis harta orang lain, mempergunakan orang lain untuk kepentingan ku sendiri, tidak kurang juga ada yang mengatakan bahawa aku tidak akan mengubah laluan dan warna hidupku untuk selama-lamanya.

Apa yang aku fikirkan siapakah mereka untuk menghukum ku bergitu? Adakah mereka lebih hebat dari Allah yang mengatur alam ini?. Dari itu wahai sahabat-sahabatku sekelian. Usahlah kita memandang hina kepada seseorang hanya kerana kemiskinannya, keadaan dirinya atau kemampuannya kerana kita tidak akan tahu takdir yang telah ditetapkan buatnya. Sebaliknya berikanlah mereka ini semangat untuk terus berusaha memajukan diri.

Cuba kita fikirkan apakah kehidupan kita hari ini sudah cukup sempurna? Sempurna dalam erti kata ibadah kepada Allah, hubungan sesama manusia , tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi Allah ini? Apakah Allah memandang harta kekayaan, pangkat dan kesombongan kita? Tidak! Sesungguhnya Allah hanya memandang ilmu dan amal kita di dunia ini.

Oleh itu, berusahalah memperbaiki diri, bermuhasabahlah , jadikanlah kisah saya di atas sebagai renungan buat semua. Kerana " tanpa keberanian mimpi tidak akan bermakna."

0 Ulasan:

Template by:
Free Blog Templates