13 November 2008

Syukur Alhamdulillah

Elaun guru tadika agama WP naik 100 peratus

KUALA LUMPUR 12 Nov. – Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan 100 peratus elaun bagi 278 guru tadika agama Islam di Wilayah Persekutuan mulai 1 Januari depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, melalui kenaikan tersebut, kesemua guru tadika agama di Wilayah Persekutuan bakal menikmati elaun RM1,000 hingga RM1,200 sebulan berbanding kadar elaun pada masa kini iaitu sebanyak RM500 bagi guru dan RM542 bagi guru besar.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira elaun guru agama tadika tidak pernah dikaji selama 22 tahun.

‘‘Mereka layak menerima inisiatif tersebut sebagai tanda pengiktirafan kerajaan di samping memberi galakan agar lebih bersemangat mendidik anak-anak kita di peringkat tadika,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Ihtifal Perdana dan Penyampaian Sijil Tadika Islam Jabatan Agama Wilayah Persekutuan dan MAIWP di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini hari ini.

Tambahnya, guru-guru tadika agama terbabit boleh menikmati kadar elaun di bawah Gred S17 dan Gred S22.

Ahmad Zahid berharap langkah positif berkenaan mampu diikuti oleh jabatan-jabatan agama Islam negeri lain sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang berbakti menyuburkan ilmu agama Islam.

Selain itu, beliau turut memaklumkan jumlah guru tadika agama seramai 278 orang buat masa kini akan ditambah lagi bagi menampung kekurangan di Wilayah Persekutuan.

“Seramai 150 orang lagi guru tadika akan diserapkan dalam masa terdekat memandangkan sebanyak 625 jawatan guru tadika diperlukan pada tahun 2012,” ujarnya.

Ahmad Zahid juga berjanji akan menaik taraf segala kemudahan tempat belajar di semua tadika agama di seluruh Wilayah Persekutuan.

Syukurlah...perjuangan mereka akhirnya di hargai.Secara peribadi saya bersetuju dengan perkara ini kerana, telah lama guru-guru yang mengajar Agama Islam di mana-mana peringkat sekolah seringkali tertinggal dari segi menikmati peluang dan kemudahan.

2 Ulasan:

Khar said...

Bro ...
Apa cerita novel lu?
Tolong sambung blog Pekan Ilmu ni eh ...

SF

macai_suci said...

ok bro tak der hal

Template by:
Free Blog Templates