03 September 2009

Kembara Mestika Diri


(sila klik Gambar Untuk Memperbesarkannya)

Semenjak kehadiran puteri sulungku ini. Jadual hidupku bertambah sesak. Banyak masaku dibuang meladeni kehendaknya. Tidur baringku jua tidak mengikut waktu. Perlahan-lahan nuraniku merasakan inilah pengorbanan ibu-bapa kepada anak-anaknya. Di kesempatan bulan Ramadhan ini juga aku dapat menunaikannya dengan agak sempurna(setakat hari ini)dengan solat Tarawikhnya.

Berberapa hari lepas aku menerima sampul surat daripada Berlogo DBP. Lantas aku membukanya Al-hamdulillah cerpenku berjaya menembusi tembok penyiarannya. Syukur padamu Ya Allah! Setelah sekian lama aku mencuba untuk menembusi akhirnya impian ini dimakbulkan oleh Allah.

KEMBARA MESTIKA DIRI. Tajuk ini sebenarnya ku pilih adalah kerana hidup ini akan sentiasa dalam kembara. Kembara yang sangat panjang selagi nyawa masih menyertai jasad. Mestika Diri bermaksud mengenai diri sendiri.

Kepada sesiapa yang ingin membacanya silalah dapatkan majalah Tunas Cipta terbitan DBP(Bulan September) di pasaran. Saya menantikan komen anda semua. Kerana penceritaannya yang agak lain sedikit daripada biasa.

Walau apa pun sekalung ucapan terima kasih yang tak terhingga buat Serunai Faqir yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang berguna. Sila layari juga AVA yang membimbing penulis-penulis muda berkarya.




3 Ulasan:

AVA said...

Tahniah bro, semoga terus tekal dalam menghasilkan karya-karya mantoppppp ...

FahdRazy said...

Baru beli TC. Akan dibaca cerpen itu. Tahniah

syaza said...

salam sdr,
di mana boleh saya baca cerpen ini secara online?

Template by:
Free Blog Templates