Wahai, Jiwa yang kalut
bicaramu bagaikan si thalut
menebarkan selimut mungkar
mana benang basah yang lurus
mahu kau bengkokkan
Hei, jiwa pendusta
segeralah kau lenamu di bangkitkan
tarikan irama mu itu
kerna ada jiwa di penantian
mendengar omongan kontang mu
Hai...satukah semua ini....
ataupun apa
kau atau aku atau sesiapa
menongkat tragis balada jiwa
ah,apa perlu berputar akal
palsu kan jua memaku
aku masih disini
biarkanlah aku menari
kerna aku jua yang tahu
akan maknanya sepi...
Hati pasti kan menjerit lagi...
1 Ulasan:
Best regards from NY! »
Post a Comment