09 August 2010

Photoshop

Salam bahagia...setelah sekian lama tak update blog kini, aku kembali membuka blog yang dah jadi cam sawang ni. Bukan website lagi dah. Tetapi dah jadi Spider web kot. He...he...

Ok lah apa yang nak di kongsi hari ini ialah tentang satu software edit gambar/graphics. mungkin ramai yang pernah dengar. Untuk yang mengetahui aku mintak maaf kalau aku kurang ilmu bagi yang belum tahu software ni agak best juga ... kat sini aku sertakan contoh gambar yang aku sempat mergekan( cantumkan ). 





Apa macam? ok tak?...kepada Old Timer @ pakar  mungkin aku tak sehebat korang...tapi aku memang minat dalam bidang graphic ni termasuklah fotografi...  Jadi sesiapa juga yang berminat nak join aku berbengkel ngan aku jom! Kat mana korang nak dapat bengkel-bengkel nih? Korang klik jer kat sini  . Untuk Pengetahuan korang. Group ini menyediakan macam2 bengkel seni dan kreatif. Buat masa ini, diaorang ada buat bengkel penulisan cerpen, novel skrip drama TV, adptasi novel ke skrip drama TV, Asas Fotografi & Photoshop. Dengar cerita bengkel graphic design dan juga bengkel melukis juga akan diadakan.

Ok lah cerita banyak pun tak guna, tembak pun tak kena. Jadinya sesiapa yang berminat tu, jenguk2lah yer. Sebagai menungjukkan minat aku kat photoshop ini kita layan artwork2 aku ok?.







27 July 2010

Bengkel-bengkel Oleh AVA



Kepada yang berminat untuk mengetahui lanjut perihal kursus di atas sila hubungi pihak AVA (Astaka Villa Aksara) Sila buat tempahan awal untuk mengelakan anda dari telepas peluang ini.

18 February 2010

Kemanakah hala tuju bahasa kita

Petikan artikel utusan 18/02/2010

Sasterawan Negara Datuk Usman Awang telah menghasilkan puisi protes Keranda 152 pada 1967. Puisi ini membawa satu kebangkitan kalangan pejuang-pejuang bahasa apabila Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan yang dibentangkan di Parlimen ketika itu tidak menggambarkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Fasal 152 Perlembagaan.

Disebabkan keengganan kerajaan menolak keputusan yang dibuat di Parlimen, para pejuang bahasa mengadakan perhimpunan besar-besaran di perkarangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 3 Mac 1967. Tujuannya untuk melahirkan protes kerana orang politik gagal meletakkan bahasa Melayu di tempat yang telah tertulis dalam Perlembagaan.

Tragedi bahasa Melayu yang membawa kepada perarakan Keranda 152 ke Parlimen itu berlaku sepuluh tahun selepas negara mencapai kemerdekaan. Dalam usia kemerdekaan yang dianggap masih muda kalangan tokoh politik Melayu telah lupa tentang peri pentingnya bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Kalangan tokoh politik Melayu ketika itu kelihatan tidak ada semangat untuk memperjuangkan kedudukan bahasa Melayu, semua ini terpancar daripada keputusan di Parlimen yang meletakkan bahasa Melayu di tempat yang tidak sepatutnya sebagai bahasa kebangsaan negara ini. Kemarahan perjuang bahasa dan rakyat jelata tidak ada agenda politik di sebaliknya. Mereka berjuang demi bahasa Melayu yang mulai dipijak selepas sepuluh tahun merdeka.

Malangnya bahasa Melayu. Ini kerana selepas tragedi Keranda 152 empat dekad lalu, bahasa Melayu terus terpinggir dan dipinggirkan oleh kalangan politik Melayu sendiri. Ketika ini bahasa Melayu hanya pada nama saja menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini. Tetapi segi praktisnya bahasa Melayu berada di tempat tercorot. Bahasa Melayu tidak diasuh menjadi bahasa perpaduan ketika orang politik sibuk bercakap tentang perpaduan kaum.

Apakah kita memerlukan perhimpunan Keranda 152 yang kedua untuk menyedarkan kalangan pembuat dasar supaya bahasa Melayu diletakkan di tempat yang dimuliakan dalam Perlembagaan? Ketika pejuang bahasa dianggap kolot dan anti establishment, gerakan memartabatkan bahasa Melayu tetap diteruskan.

Petikan ucapan bekas Ketua Pengarah DBP, Allahyarham Tun Syed Nasir Ismail pada perhimpunan Keranda 152 40 tahun lalu wajar menjadi renungan pembuat dasar. Kata Syed Nasir, " Saya menangis bukan kerana takut, tetapi air mata ini lahir daripada keharuan hati sanubari saya mengenangkan nasib bangsa saya. Saya tidak boleh buat apa-apa sekarang ini. Saya terikat."

Kalau ditoleh sejarah silam, bahasa Melayu telah menjadi bahasa bagi kerajaan Melayu- Islam, bahasa persuratan, bahasa undang-undang dan menjadi alat pengembangan agama Islam di Nusantara sejak abad ke 13. Bukan itu saja malah menjadi lingua franca perdagangan dan sosial sejak ratusan tahun dulu. Kemudian pada 1957 bahasa Melayu termaktub dalam Perlembagaan.

Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu tidak pernah berhenti. Hari ini dan esok Persatuan Penulis Kuala Lumpur (Kalam), Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Persatuan Penulis Nasional (Pena), DBP dan banyak persatuan penulis serta NGO Melayu lain menganjurkan Hari Pejuang Bahasa 152. Acara yang akan dijadikan acara tahunan ini berlangsung hari ini dan esok di Rumah Gapena, Rumah Pena dan Balai Budaya DBP.

Ketua Satu Kalam, Mohamad Daud Mohamad memberitahu, mulai tahun ini Hari Pejuang Bahasa 152 akan dijadikan acara tahunan untuk mengingatkan kembali kedudukan bahasa Melayu dalam Perlembagaan dan berusaha meletakkan bahasa Melayu di tempat yang wajar dalam pembangunan negara masa kini.

sokongan

Menurutnya, Kalam yang mengepalai Hari Pejuang Bahasa 152 dengan sokongan banyak persatuan penulis dan NGO Melayu gembira kerana mendapat sokongan pelbagai pihak untuk menganjurkan acara penting bagi memperjuangkan bahasa Melayu di negara ini. Sokongan itu diharap boleh memberi isyarat kepada pembuat dasar supaya berhati-hati menggubal sesuatu dasar yang melibatkan masa depan dan kepentingan bahasa Melayu.

Hari Pejuang Bahasa 152 bermula malam ini dengan majlis tahlil di Rumah Gapena kemudian diikuti dengan majlis makan malam. Pada pukul 9 malam, diadakan Pengucapan Puisi 152 di Rumah Pena bersebelahan dengan Rumah Gapena. Difahamkan acara deklamasi puisi ini tidak menyenaraikan penyair tertentu tetapi terbuka kepada orang ramai untuk mendeklamasikan puisi bertemakan bahasa Melayu.

Esok pula akan berlangsung perasmian Hari Pejuang Bahasa 152 dan pelancaran Tabung Pembangunan Kegiatan Bahasa dan Sastera. Acara ini pada mulanya akan disempurnakan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Bagaimana pun disebabkan pada saat akhir Dr. Rais mempunyai urusan di luar negara, Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Kamaruddin Sairaf akan mewakili Dr. Rais.

"Esok juga diadakan acara Sumpah Setia Bahasa, ucaptama oleh Pengerusi Yayasan Karyawan Datuk Dr. Hassan Ahmad serta sesi wacana Peradaban Bahasa Melayu, " jelas Mohamad Daud.

Sesi wacana membariskan ahli panel terdiri daripada Prof. Datuk Abdullah Hassan, Datuk Baharuddin Zainal (Bahasa Zain), Dr. Ridhuan Tee dan Dr. S. Nathesan Sellapan. Semua acara ini terbuka kepada orang ramai.

Sumber daripada Utusan ....

15 January 2010

Remaja Oh remaja





Semalam aku bercuti. Sengaja aku bercuti untuk melapangkan akal fikiran seketika. Aku memaksa diriku ke sebuah pusat membeli-belah di pinggir ibu kota. Sekadar menjamu mata. Aku melihat kelompok remaja yang berpeleseran di ruang legar dengan pelbagai ragam. Aku terkesima seketika. Bagaimanakah agaknya di zaman anakku nanti( ketika ini Nurul Faqiha Husna baru berusia 6 Bulan). Apakah agaknya yang akan berlaku.

Apakah yang dicari oleh mereka ini? Sekilas aku mulai merenung tohmahan masyarakat kepada mereka. Mereka dipandang sinis. Mereka dianggap pengidap penyakit sosial. Bagiku bukanlah salah mereka 100%. Cuba kita renungkan, apakah pilihan di dalam hidup mereka selain, pergi dan pulang dari sekolah, mentelaah pelajaran. Mereka masih "hijau" dan pastinya mereka juga perlu hiburan. Dan hiburan inilah yang menghanyutkan mereka. Lantas apakah pilihan hiburan yang mereka ada? Media elektronik menayangkan slot hiburan yang agak melampaui batas dan susila masyarakat kita. Media hiburan kita gagal mendidik remaja.

Kita yang dewasa ini juga pasti pernah melalui zaman remaja. Kita tahu pahit getirnya zaman itu. Tetapi apakah kita mahu anak-anak dan generasi baru ini mewarisi ujian zaman remaja tanpa kita bimbing mereka atau kita bekalkan mereka ilmu secukupnya. Tatkala remaja ini tersungkur ramai pihak yang bangkit mencaci dan mencerca mereka sedangkan, kitalah yang menyuakan mereka permaasalahan ini.

Kita lihat remaja kita hari ini berpakaian seperti mereka yang telanjang. Salah siapa andai pelbagai promosi pakaian begini membanjiri pasaran negara kita seperti majalah dan juga slot-slot fesyen di media masa. Ya, mungkin ada promosi busana muslim dan muslimah tetapi berapa banyakkah promosi mengenainya.

Aku terbayang akan kata-kata seorang ustaz di zaman persekolahanku dahulu. "Apabila kita mengiginkan sesuatu yang baik kita harus mulainya dengan sesuatu yang baik". Benar! tetapi jika ada seorang yang mahu membuat kebaikan, berapa ramai yang mahu menyokongnya. Adakah sama bilangan dengan yang membantah atau memperlekehkannya.

Kenapa aku bersungguh-sungguh membela remaja? Jawapannya hanya satu. Kepimpinan negara dan organisasi terletak di bahu mereka. Merekalah pewaris tahta negara dan yang akan meneruskan tradisi kegemilangan kita hari ini. Mahukah kita melihat generasi kita yang akan datang mencaci kita yang mungkin sudah bersemadi di liang lahat...(maaf kalau kata ini mengguris anda) tetapi inilah kenyataan hari ini.

Sekali lagi, medium yang dirasakan terbaik ialah dengan mendekati dunia sastera. Kerana mereka boleh meluahkan apa yang terbuku di dada mereka pada helaian kertas yang akan bertukar menjadi cerpen, nov el, skrip drama, lirik lagu yang akan memberikan mereka suatu nilai komersial dan mampu meraih pendapatan darinya. Ini kerana remaja kita hari ini rata-ratanya suka membaca novel dan bahan bercetak. Kalau tidak masakan majalah dan novel dipasaran laris bagaikan pisang goreng panas. Tetapi mengapa remaja ini seakan-akan lari daripadanya? Kerana tiada galakan, kurang pendedahan, tiada yang mahu membawa mereka menceburinya.

Jadinya aku menyeru kepada semua remaja hampirilah dunia sastera. Hanya inlah medium yang akan dapat korang semua gunakan untuk melepaskan apa juga gelodak jiwa yang bersarang kat hati korang. Korang boleh buat duit dengannya.

Mungkin suatu hari nanti korang akan di kenali sebagai penulis dan pengarang yang di segani? Korang tak tahu macam mana nak mula menulis? Korang boeh sertai mana-mana bengkel untuk mula menulis. Tak tahu dimana korang boleh emailkan ke faridbinjasni@yahoo.com.my. Insya Allah aku cuba tolong korang mendaftar kat mana-mana bengkel penulisan.

   

13 January 2010

Sastera membentuk remaja






Salam Sejahtera,

Sastera.... Ianya merupakan satu istilah yang mengundang pelbagai pengertian dari sudut yang juga pelbagai. Apabila istilah ini kita lontarkan kepada masyarakat. Pelbagai jawapan yang akan kita perolehi. Antaranya :

1. Untuk orang yang kuat berangan jer. Betulke?
2. Untuk orang yang sedang hangat bercinta (jiwang karat tak ingat)
3. Aku bukanlah orang sastera. Orang sastera ni semuanya pelik-pelik.

Walau apa sekalipun pandangan anda. Sastera adalah nadi kehidupan kita samaada kita sedar atau tidak. Contohnya: Akhbar yang kita tatap setiap hari. Ditulis oleh pengarang dan diselia oleh editor. Jadinya bukankah mengarang itu sebahagian dari proses sastera?

Contoh lain, kita menulis surat untuk memohon sesuatu jawatan. Bukankah kita mengarang surat? Itu juga proses sastera. Drama yang kita tonton di media masa juga ditulis oleh seorang penulis skrip. Itu juga sastera. Penyanyi juga menyanyikan lagu yang ditulis oleh penulis muzik. Pun masih lagi sastera kan? Persoalannya bolehkah anda gambarkan hidup anda tanpa semua ini.

Cuma, ada golongan-golongan tertentu yang menjadikan sastera itu mempunyai kasta dan kategori. Sedang hakikatnya ia lahir di atas satu landasan yang sama. Sastera adalah liputan kisah pengajaran yang ingin disampaikan supaya kehidupan kita ini berwarna-warni.

Sastera juga membentuk peribadi. Kita sering mempersoalkan remaja kita hari ini terbelenggu dengan masaalah sosial kerana apa jadi begini? Mungkin pelbagai perspektif yang akan kita perolehi.

Namun bagiku, kerana remaja hari ini tidak diberi peluang menjejaki/menyertai komuniti yang sihat. Contoh: di taman-taman perumahan di ibukota misalnya, remaja-remaja ini tidak diberikan peluang menceburi aktiviti-aktiviti seperti sukan, kesenian dan kebudayaan. Kenapa aku katakan begini? Cuba kita lihat berapa banyakkah persatuan atau aktiviti begini diwujudkan dikawasan perumahan. Bahkan ada aktiviti seni yang tidak disokong oleh komuniti penduduk tempatan yang mengaku Melayu sedangkan, aktiviti begini hanya dilakukan pada hujung minggu. Latihan kompang misalnya dikatakan mengganggu kenteraman awam. Jadinya siapakah yang mengajar remaja ini melupai seni warisan budaya mereka sendiri. Kita lebih suka menonton perlawanan bola sepak di kedai mamak yang pastinya lebih bising daripada mendengar paluan kompang.

Alasan yang sangat tipikal. Tiada masa yang diperuntukkan. Tiada kepakaran. Jadinya kenapa mahu menuding jari kepada remaja sedangkan kita tidak mewujudkan pilihan kepada mereka?

Kita juga mempersoalkan kurangnya penyertaan remaja di dalam dunia penulisan, kerana apa? Tiada medium yang benar-benar mahu membawa mereka ke dunia penulisan ini. Pada hematku. Remaja kita hari ini sangat berbakat ydan kreatif namun semangat dan kemahiran mereka di nafikan. Kita lihat persatuan-persatuan kreatif. Mereka hanya mahu bergerak dalam kepompong mereka sahaja. Sedangkan sastera dan seni itu bersifat universal.

Cadanganku, persatuan-persatuan kreatif perlulah memandang kebawah. Mereka mampu menjadi pelopor atau medium pilihan kepada remaja agar mereka berpeluang dan sekaligus dapat mengurangka kecenderungan mereka menjadi liar atau berjalan sendirian tanpa panduan dan arah yang pasti. Mereka perlu menarik minat remaja menyertai mereka.

Baru-baru ini seorang teman penulisku menubuhkan agensi penulisan. Bagiku ini adalah sesuatu yang sangat bagus di saat-saat remaja mencari sesuatu yang baru. Sekurang-kurangnya agensi ini menyediakan bengkel asas menuls cerpen,novel dan skrip drama. Ini memberikan remaja pengetahuan sekaligus memancing mereka untuk mula menulis. Nah sekarang Remaja ini ada pilihan untuk mengisi masa lapang mereka. Mereka akan menemui rakan-rakan baru yang mungkin lebih positif. Ibu bapa juga tidak risau kerana merka tahu di mana anak mereka berada di hujung minggu. Bukankah itu lebih memberi erti.

Ibu-bapa juga seharusnya memainkan peranan sebagai pendorong kepada usaha ini. Mereka harus menjadi penunjuk jalan kepada remaja ini mencari hiburan dan aktiviti-aktiviti masa lapang. Aku faham tuntutan tugas seharian membelenggu mereka namun, mereka seharusnya memberi anak-anak mereka pilihan melepaskan tekanan dengan menyertai kelompok begini.
 
Kenapakah aku bersungguh-sungguh suruh mereka sertai dunia sastera? Kerana orang sastera adalah mereka yang sangat sensitif dengan persekitaran mereka. Mereka juga seorang yang terlalu rapat dengan alam. Ini akan memngajar mereka untuk lebih menghargai orang lain dan juga alam sekitar.

Sampan sudah di depan mata, dayung sudah di tangan. Terpulanglah kepada anda untuk melakukan yang seterusnya.

Kredit untuk  AVA (Teruskan perjuangan anda)

11 January 2010

Semanis kata seindah senyuman


 Syukur Alhamdulillah, setelah berberapa kali aku di beri peluang untuk mengendalikan bengkel bersama seorang kenalan lama iaitu pengendali blog AVA. Syukur kerana aku dapat memberikan sesuatu yang aku kira dapat menggerakkan sesuatu yang dapat meningkatkan martabat Bahasa Melayu.

     Apa yang menariknya tentang penganjuran bengkel-bengkel ini adalah bersifat unformal ataupun tidak formal sebaliknya bersifat relaks dan santai. Bagi diriku, aku amat bersetuju dengan kaedah ini kerana, di dalam bidang sastera ianya tidak pernah terbatas atau membatasi ruang litup tertentu. Tiada istilah kata yang formal juga waktu yang formal.

       Di sinilah, kita dapat menilai kredibiliti seorang penulis/pengkarya atau apa jua yang seangkatan dengannya. Kerana apabila, idea itu muncul. Ianya perlu digarap, digilap dan diluah secara semulajadi (natural).Sbenarnya berdasarkan pengalaman ku yang amat sedikit ini. Aku mula memahami akan hakikat pemikiran.

    
Pertama, kita sering mendengar bahawa ramai orang yang agak "lebat" pendapatanya mengadu tidak mempunyai budget  yang cukup. Memikirkan hal ini aku teringat akan kata-kata seorang guruku. Katanya " Allah tidak pernah menjadikan hamba-hambanya untuk dizalimi, sebaliknya hamba itulah yang menzalimi dirinya sendiri". Aku tersenyum memikirkannya. Pernahkah kita muhasah diri kita sebelum kita menuding jari ke arah orang lain.

    Kedua, soal rezeki. Ada sebahagian orang ramai berpendapat bahawa rezeki kita telah ditentukan oleh Allah S.W.T sejak kita hadir ke dunia ini. Benar! Tetapi perlukah kita menanti dan terus menanti akan hadirnya rezeki itu tanpa mahu berusaha. Sedangkan di dalam AL-Quran sendiri menyebut bahawa" Tidak akan aku(Allah) ubah nasib sesuatu bangsa itu melainkan bangsa itu mengubah nasibnya sendiri. Fikir-fikirkanlah.

   Ketiga, kita terlalu takut untuk dikritik. Mengapa? Adakah kita terlalu sempurna untuk dikritik ? Benar, kita perlu mempetahankan pendirian kita. Tetapi, pendirian yang bagaimana? Bukankah alim ulama itu sendiri saling bermesyuarah(berbincang) untuk membuat tajdid (keputusan) tentang sesuatu perkara.

Lazimnya beginilah sikap kita dalam menghadapi masaalah hidup. Tetapi sudahkan kita membuat persiapan menghadapi masalah tersebut? Fikir-fikrkanlah.

08 December 2009

Tunas Cipta



Hari ini aku di kejutkan dengan satu sampul surat besar yang bercop Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ah! Barangkali cerpenku tersiar agaknya. Lantas aku pun membukanya dan menilik helaian demi helaiannya. Rupanya bukanlah  cerpenku yang tersiar tetapi puisiku yang tersiar.




Puisi ini telah lama ku hantar. Kalau tak silap pada tahun 2007. Alhamdulillah tersiar juga akhirnya.

12 October 2009

Lailatul Sadiq

"Assalamualaikum..." Perlahan-lahan Rashid menghampiri pintu. Dikuaknya daun pintu. Tercegat seorang gadis manis.

      "Anak ini mencari siapa?" Senyuman Rashid masih mekar menguntum.

      "Saya mencari seorang lelaki yang pernah menjadi bapa saya," Berkerut dahi Rashid. "Mengapa pula cari di sini,"

      "Siapa nama bapa kamu,"

      "Saya pun tidak tahu," Rashid menepuk dahi. Terasa seluruh akalnya dipulas. Kehairanan pun bertamu.
     " Kalau kamu tidak tahu, bagaimana mahu mencarinya,"

      "Saya mengikut kata hati, Dimana kaki saya berhenti di situlah saya akan mencarinya,"

      " Nak, ini bukan perkara main-main."

      "Pakcik nampak saya sedang bergurau kah?"

     "Betul juga, akan tetapi kenapa pula ditanyakan kepada aku?" Suara hati Rashid berbisik lagi. Seraya matanya menatap wajah dihadapannya.

          Gadis bermata bulat itu masih merenungnya. Sinar matanya menikam kalbu Rashid. Kemulusan kulitnya tidak mampu menandingi kehalusan sutera yang pernah dipakai oleh bekas isterinya dahulu. Rashid meraba pipinya. Basah! Direnungnya dada langit. Tiada tangisan yang mencurah. Di pandangnya keliling. Kehitaman di mana-mana. Yang kelihatan hanyalah di hujung sana. Si kecil berlari-larian membawa cahaya di tangan sambil dikejar oleh yang lain.

           Dipandang pula rumahnya. Pancaran lampu kalimantang menyinari halaman yang tetap setia kosong. Hembusan pawana malam mengigit temulang  sarafnya. Ramadhan ini masih tetap seperti dulu. Kesepian, keterasingan. Namun bagi Rashid itu bukanlah masaalah baginya. Dia lebih senang bergitu. Dia tenang bergini sewaktu memujinya. Keterasingan ini membawanya kepada kedamaian. Kedamaian yang menjadi buruan para sufi dan ambia.

   Tetapi malam ini, khusyukku diganggu. Entah dari mana gerangan gadis ini tiba-tiba, bertanyakan ayahnya. Sudahlah nama tidak nyata. Manakan mungkin aku membantunya.

          "Pakcik, tatkala langit Khirmizdi menjadi cerah. Ada cahaya yang akan bersinar." Senyuman yang kian meleret membuatkan Rashid semakin bingung.  Siapakah dia ini?

      "Adakalanya pakcik, tiada apa yang dapat menghurai simpulan yang kian terlerai. Kadangkala yang terhurai pun akan tersimpul kembali. Hanya kita yang mengenal kita,"

     "Aduh..,pening kepala aku. Apa yang kau mahu sebenarnya? Berkata bagaikan pujangga. Sudahlah ketenanganku kau cemar.

    " Pakcik, ada berita gembira yang saya bawa. Seluruh sarwaalam menyambut sahut-bersahut, dari itu bersedialah pakcik bekalanmu sudah cukup. Pengangkutan mu juga sudah tersedia. Kini sudah sampai detik itu. Bergembiralah, kerana ujianmu sudah hampir tamat. Kebahagiaanmu kian menjelang," Kepala rashid mulai berputar. Dia mula berlari mencari titik mula.

    "Pakcik solat malammu tiada siapa yang tahu. Puasamu jua tiada yang tahu. Basah bibirmu kerana dia. Setiap urat dan sendimu juga sudah malu mengikuti zikir dan amal kebajikanmu. Jadi biarlah saya yang menemani pakcik bertemunya."

HANYA KERNA DIA


Semalam aku disini
mengharung peritnya waktu yang menusuk
membelai jiwa yang kian layu.
Aku yang terkaku melihat larian waktu

Senja ini aku bersaksi
Mentari merah yang mengufuk
Sedang aku masih memeluk batang tubuh
Menghitung titik hitam
satu atau sepuluh
menghuni pojok yang terdalam

Masih lagi aku menghunjam tanya
Aku ini milik siapa?
Dia... tentunya milik dia
Kembara yang belum putus

11 September 2009

Tangan di hulur maaf di pinta
semoga persahabatan kekal selamanya
salam aidilfitri untuk semua
agar keberkatan dinikmati bersama

03 September 2009

Kembara Mestika Diri


(sila klik Gambar Untuk Memperbesarkannya)

Semenjak kehadiran puteri sulungku ini. Jadual hidupku bertambah sesak. Banyak masaku dibuang meladeni kehendaknya. Tidur baringku jua tidak mengikut waktu. Perlahan-lahan nuraniku merasakan inilah pengorbanan ibu-bapa kepada anak-anaknya. Di kesempatan bulan Ramadhan ini juga aku dapat menunaikannya dengan agak sempurna(setakat hari ini)dengan solat Tarawikhnya.

Berberapa hari lepas aku menerima sampul surat daripada Berlogo DBP. Lantas aku membukanya Al-hamdulillah cerpenku berjaya menembusi tembok penyiarannya. Syukur padamu Ya Allah! Setelah sekian lama aku mencuba untuk menembusi akhirnya impian ini dimakbulkan oleh Allah.

KEMBARA MESTIKA DIRI. Tajuk ini sebenarnya ku pilih adalah kerana hidup ini akan sentiasa dalam kembara. Kembara yang sangat panjang selagi nyawa masih menyertai jasad. Mestika Diri bermaksud mengenai diri sendiri.

Kepada sesiapa yang ingin membacanya silalah dapatkan majalah Tunas Cipta terbitan DBP(Bulan September) di pasaran. Saya menantikan komen anda semua. Kerana penceritaannya yang agak lain sedikit daripada biasa.

Walau apa pun sekalung ucapan terima kasih yang tak terhingga buat Serunai Faqir yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang berguna. Sila layari juga AVA yang membimbing penulis-penulis muda berkarya.




Template by:
Free Blog Templates