Semalam aku bercuti. Sengaja aku bercuti untuk melapangkan akal fikiran seketika. Aku memaksa diriku ke sebuah pusat membeli-belah di pinggir ibu kota. Sekadar menjamu mata. Aku melihat kelompok remaja yang berpeleseran di ruang legar dengan pelbagai ragam. Aku terkesima seketika. Bagaimanakah agaknya di zaman anakku nanti( ketika ini Nurul Faqiha Husna baru berusia 6 Bulan). Apakah agaknya yang akan berlaku.
Apakah yang dicari oleh mereka ini? Sekilas aku mulai merenung tohmahan masyarakat kepada mereka. Mereka dipandang sinis. Mereka dianggap pengidap penyakit sosial. Bagiku bukanlah salah mereka 100%. Cuba kita renungkan, apakah pilihan di dalam hidup mereka selain, pergi dan pulang dari sekolah, mentelaah pelajaran. Mereka masih "hijau" dan pastinya mereka juga perlu hiburan. Dan hiburan inilah yang menghanyutkan mereka. Lantas apakah pilihan hiburan yang mereka ada? Media elektronik menayangkan slot hiburan yang agak melampaui batas dan susila masyarakat kita. Media hiburan kita gagal mendidik remaja.
Kita yang dewasa ini juga pasti pernah melalui zaman remaja. Kita tahu pahit getirnya zaman itu. Tetapi apakah kita mahu anak-anak dan generasi baru ini mewarisi ujian zaman remaja tanpa kita bimbing mereka atau kita bekalkan mereka ilmu secukupnya. Tatkala remaja ini tersungkur ramai pihak yang bangkit mencaci dan mencerca mereka sedangkan, kitalah yang menyuakan mereka permaasalahan ini.
Kita lihat remaja kita hari ini berpakaian seperti mereka yang telanjang. Salah siapa andai pelbagai promosi pakaian begini membanjiri pasaran negara kita seperti majalah dan juga slot-slot fesyen di media masa. Ya, mungkin ada promosi busana muslim dan muslimah tetapi berapa banyakkah promosi mengenainya.
Aku terbayang akan kata-kata seorang ustaz di zaman persekolahanku dahulu. "Apabila kita mengiginkan sesuatu yang baik kita harus mulainya dengan sesuatu yang baik". Benar! tetapi jika ada seorang yang mahu membuat kebaikan, berapa ramai yang mahu menyokongnya. Adakah sama bilangan dengan yang membantah atau memperlekehkannya.
Kenapa aku bersungguh-sungguh membela remaja? Jawapannya hanya satu. Kepimpinan negara dan organisasi terletak di bahu mereka. Merekalah pewaris tahta negara dan yang akan meneruskan tradisi kegemilangan kita hari ini. Mahukah kita melihat generasi kita yang akan datang mencaci kita yang mungkin sudah bersemadi di liang lahat...(maaf kalau kata ini mengguris anda) tetapi inilah kenyataan hari ini.
Sekali lagi, medium yang dirasakan terbaik ialah dengan mendekati dunia sastera. Kerana mereka boleh meluahkan apa yang terbuku di dada mereka pada helaian kertas yang akan bertukar menjadi cerpen, nov el, skrip drama, lirik lagu yang akan memberikan mereka suatu nilai komersial dan mampu meraih pendapatan darinya. Ini kerana remaja kita hari ini rata-ratanya suka membaca novel dan bahan bercetak. Kalau tidak masakan majalah dan novel dipasaran laris bagaikan pisang goreng panas. Tetapi mengapa remaja ini seakan-akan lari daripadanya? Kerana tiada galakan, kurang pendedahan, tiada yang mahu membawa mereka menceburinya.
Jadinya aku menyeru kepada semua remaja hampirilah dunia sastera. Hanya inlah medium yang akan dapat korang semua gunakan untuk melepaskan apa juga gelodak jiwa yang bersarang kat hati korang. Korang boleh buat duit dengannya.
Mungkin suatu hari nanti korang akan di kenali sebagai penulis dan pengarang yang di segani? Korang tak tahu macam mana nak mula menulis? Korang boeh sertai mana-mana bengkel untuk mula menulis. Tak tahu dimana korang boleh emailkan ke faridbinjasni@yahoo.com.my. Insya Allah aku cuba tolong korang mendaftar kat mana-mana bengkel penulisan.
0 Ulasan:
Post a Comment