13 January 2010

Sastera membentuk remaja






Salam Sejahtera,

Sastera.... Ianya merupakan satu istilah yang mengundang pelbagai pengertian dari sudut yang juga pelbagai. Apabila istilah ini kita lontarkan kepada masyarakat. Pelbagai jawapan yang akan kita perolehi. Antaranya :

1. Untuk orang yang kuat berangan jer. Betulke?
2. Untuk orang yang sedang hangat bercinta (jiwang karat tak ingat)
3. Aku bukanlah orang sastera. Orang sastera ni semuanya pelik-pelik.

Walau apa sekalipun pandangan anda. Sastera adalah nadi kehidupan kita samaada kita sedar atau tidak. Contohnya: Akhbar yang kita tatap setiap hari. Ditulis oleh pengarang dan diselia oleh editor. Jadinya bukankah mengarang itu sebahagian dari proses sastera?

Contoh lain, kita menulis surat untuk memohon sesuatu jawatan. Bukankah kita mengarang surat? Itu juga proses sastera. Drama yang kita tonton di media masa juga ditulis oleh seorang penulis skrip. Itu juga sastera. Penyanyi juga menyanyikan lagu yang ditulis oleh penulis muzik. Pun masih lagi sastera kan? Persoalannya bolehkah anda gambarkan hidup anda tanpa semua ini.

Cuma, ada golongan-golongan tertentu yang menjadikan sastera itu mempunyai kasta dan kategori. Sedang hakikatnya ia lahir di atas satu landasan yang sama. Sastera adalah liputan kisah pengajaran yang ingin disampaikan supaya kehidupan kita ini berwarna-warni.

Sastera juga membentuk peribadi. Kita sering mempersoalkan remaja kita hari ini terbelenggu dengan masaalah sosial kerana apa jadi begini? Mungkin pelbagai perspektif yang akan kita perolehi.

Namun bagiku, kerana remaja hari ini tidak diberi peluang menjejaki/menyertai komuniti yang sihat. Contoh: di taman-taman perumahan di ibukota misalnya, remaja-remaja ini tidak diberikan peluang menceburi aktiviti-aktiviti seperti sukan, kesenian dan kebudayaan. Kenapa aku katakan begini? Cuba kita lihat berapa banyakkah persatuan atau aktiviti begini diwujudkan dikawasan perumahan. Bahkan ada aktiviti seni yang tidak disokong oleh komuniti penduduk tempatan yang mengaku Melayu sedangkan, aktiviti begini hanya dilakukan pada hujung minggu. Latihan kompang misalnya dikatakan mengganggu kenteraman awam. Jadinya siapakah yang mengajar remaja ini melupai seni warisan budaya mereka sendiri. Kita lebih suka menonton perlawanan bola sepak di kedai mamak yang pastinya lebih bising daripada mendengar paluan kompang.

Alasan yang sangat tipikal. Tiada masa yang diperuntukkan. Tiada kepakaran. Jadinya kenapa mahu menuding jari kepada remaja sedangkan kita tidak mewujudkan pilihan kepada mereka?

Kita juga mempersoalkan kurangnya penyertaan remaja di dalam dunia penulisan, kerana apa? Tiada medium yang benar-benar mahu membawa mereka ke dunia penulisan ini. Pada hematku. Remaja kita hari ini sangat berbakat ydan kreatif namun semangat dan kemahiran mereka di nafikan. Kita lihat persatuan-persatuan kreatif. Mereka hanya mahu bergerak dalam kepompong mereka sahaja. Sedangkan sastera dan seni itu bersifat universal.

Cadanganku, persatuan-persatuan kreatif perlulah memandang kebawah. Mereka mampu menjadi pelopor atau medium pilihan kepada remaja agar mereka berpeluang dan sekaligus dapat mengurangka kecenderungan mereka menjadi liar atau berjalan sendirian tanpa panduan dan arah yang pasti. Mereka perlu menarik minat remaja menyertai mereka.

Baru-baru ini seorang teman penulisku menubuhkan agensi penulisan. Bagiku ini adalah sesuatu yang sangat bagus di saat-saat remaja mencari sesuatu yang baru. Sekurang-kurangnya agensi ini menyediakan bengkel asas menuls cerpen,novel dan skrip drama. Ini memberikan remaja pengetahuan sekaligus memancing mereka untuk mula menulis. Nah sekarang Remaja ini ada pilihan untuk mengisi masa lapang mereka. Mereka akan menemui rakan-rakan baru yang mungkin lebih positif. Ibu bapa juga tidak risau kerana merka tahu di mana anak mereka berada di hujung minggu. Bukankah itu lebih memberi erti.

Ibu-bapa juga seharusnya memainkan peranan sebagai pendorong kepada usaha ini. Mereka harus menjadi penunjuk jalan kepada remaja ini mencari hiburan dan aktiviti-aktiviti masa lapang. Aku faham tuntutan tugas seharian membelenggu mereka namun, mereka seharusnya memberi anak-anak mereka pilihan melepaskan tekanan dengan menyertai kelompok begini.
 
Kenapakah aku bersungguh-sungguh suruh mereka sertai dunia sastera? Kerana orang sastera adalah mereka yang sangat sensitif dengan persekitaran mereka. Mereka juga seorang yang terlalu rapat dengan alam. Ini akan memngajar mereka untuk lebih menghargai orang lain dan juga alam sekitar.

Sampan sudah di depan mata, dayung sudah di tangan. Terpulanglah kepada anda untuk melakukan yang seterusnya.

Kredit untuk  AVA (Teruskan perjuangan anda)

3 Ulasan:

Maria Kajiwa said...

Salam Farid,
Saya bersetuju dari segi menjadikan penulisan sebagai salah satu aktiviti remaja yang sihat. Semoga AVA terus dapat menyatukan dan menjadi landasan kepada penulis muda yang berminat mendalami ilmu penulisan.

Putri Lily said...

Salam MC,

Setuju, setuju sangat-sangat...
Sampai tak terkata. :)

~Putri Lily~

macai_suci said...

MK- terima kasih...sekadar menjadikan dunia penulisan sebagai satu medium remaja melepaskan tekanan jiwa.

Putri Lily- bila lagi nak ke malaysia.

Template by:
Free Blog Templates