Tarikh 10 Zulhijjah muncul lagi......apakah yang bermain di minda kita? kemudian tarikh 25 disember pula di iikuti dengan 1 januari 2007 pula mencelah..... apakah makna-makna yang terselindung disebalik semua tarikh-tarikh ini.
Tarikh yang pertama......berapa ramaikah diantara kita yang menyedari akan kehadiranya? Atau mungkin apabila tarikh ini di lalui apakah pengertian yang tertanam di dalam sanubari kita..... Sebenarnya tarikh ini adalah tarikh jatuhnya Eidul Adha atau lebih di kenali dengan Hari Raya Qurban.... Qurban itu sendiri sebenarnya membawa banyak pengertian dan maksudnya yang tersendiri.....Apakah Hari Raya Qurban itu hanya bererti dengan sembahyang sunat 2 hari raya kemudian melakukan ibadah korban dan ditutupi dengan pengagihan daging korban.....Berapa ramaikah di antara kita tahu mengenai hari tasyrik.....dan apakah istimewanya hari-hari tersebut.....
Tarikh yang kedua dan ketiga penulis pasti ianya cukup segar dalam ingatan kita.....nyayian lagu "jingle bell" dan "we wish you a mery christmas and a happy new year". Dan berapa ramaikah di antara kita yang menganjurkan majlis bacaan doa kesyukuran. Mungkin ada yang menagatakan ini adalah bidaah kerana tidak dilakukan pada zaman Rasulullah S.A.W. Namun apakah dengan menghadiri konsert rock itu bukan bidaah dan ianya bersifat ma'siat.
Pernahkah kita merenung kepada diri kita. generasi kita, adakalanya "bijak tidak boleh diikut, bodoh tidak boleh ditegur". Malahan ada pula yang mengatakan "alah aku tau apa yang aku buat kau sibuk-sibuk apahal? kalau kau hebat sangat kau sahajalah masuk suyga?. Indah bukan kata-kata yang lahir dari generasi merdeka dan anak millenium.
Dan seperkara yang menarik lagi ialah ada wanita yang bercakap tentang Islam akan tetapi kepalanya "gondol" . Apa pendapat kawan-kawan sekelian?
Walau apapun penulis mengucapkan Selamat Menyambut Eidul Adha.....kepada semua pengunjung blog ini moga terselamat dari perkara yang mengorbankan diri.
3 Ulasan:
"Bijak tak boleh diikut, bodoh tak boleh ditegur". Dah lama benar rasanya tak guna phrase ni.
Selamat Hari Raya AidilAdha!!!!! Jangan terkorban di tahun baru masihi ni!!!!
korban kambing/lembu/unta mudah sungguh. korban perasaan kerana hendak taat kepadaNya amat payah.
Selamat Hari raya aidil adha dan selamt tahu beru kepada anda juga.
Mudah-mudahan tahun ini lebih baik amalan kita dari rahun lalu.
Post a Comment