Aku termenung sejenak tatkala mendengar ceramah busuk hati yang di sampaikan secara online menerusi laman web my kuliah.
Benarlah kata ustaz shamsuri...seandainya jiwa kita tidak di isi dengan rasa takwa kepada Allah nescaya hidup kita akan huru- hara...rasa keimanan itu akan hanya muncul apabila kita mencari ilmu ketuhanan dengan sabar.
Konsep mempelajari ilmu itu sendiri akan melalui pelbagai peringkat.Mungkin kita pernah mempelajarinya ketika di bangku sekolah,kemudian ke universiti dan kita menggengam segulung ijazah,master,PHD atau sewaktu dengannya.Apakah itu cukup buat hidup kita sepanjang hayat.
Adakah kita sedar ada ilmu yang tidak mungkin kita belajar secara formal di mana-mana,akan tetapi ianya mungkin hanya dapat di pelajari daripada pengalaman kehidupan. Adakalanya kita mungkin di beri "secubit" ujian dan pastinya kita merasa kesakitan tetapi, sebenarnya kita perlu bersyukur kerana apa?
Menurut satu riwayat hadith setiap ujian yang di berikan akan meningkatkan taraf kita di sisi allah kita mengambil sepotong ayat dari Al-Quran yang bermaksud "dan apabila kamu ditimpa ujian/musibah maka hendaklah kamu bangun bersolat dan bersabar mengejakannya" .
Kemudian kita harus berikhtiar untuk mengatasi masaalah tersebut dengan kaedah yang dibenarkan oleh Syara'. Yakinlah pada Allah bahawa sesuatu yang hilang dari kita hari ini bakal digantikan dengan sesuatu yang jauh lebih baik daripada apa yang kita milikki hari ini.
3 Ulasan:
Ya, bagaimna pengisian hati. Apa bahan yang kita isi. Dan yang paling penting bagaimana kita hadam apa yang telah kita isi.
p/s: Allah bukan 'allah'. Diberikan bukan 'di beri'. Masalah bukan 'masaalah'. setiap perkataan yg bermaksud katakerja, 'di' hendaklah dirapatkan. (hehehe... kanda jadi editor tak berautoriti kali ini walaupun kanda yakin dinda tidak sengaja menulis begitu.)
~zalisa maz~
terima kasih kanda....teguran mu akan dinda jadikan peringatan tika menulis
Tetapi yang menjadi masalah ialah orang yang mengetahui tetapi enggan.
Post a Comment