"Sambutan tahun baru tiada konsert rock dan percikan bunga api di Dataran Merdeka !" Penulis menerima mesej dari seorang kenalan, rasanya bagaikan tidak percaya mana mungkin, sambutan tahun baru tiada acara yang "grand" . Kemudian penulis membaca seterusnya "ini kerana menghormati perayaan hari raya qurban".
Barulah penulis mengerti ianya "terpaksa" dibatalkan kerana ada perayaan bulan Islam. Kalau tidak pada bulan perayaan Islam bagaimana? Persoalan yang pastinya sudah ada jawapan yang terukir di minda dan benak kalian.
Namun masih ada makhluk Allah yang merasa kecewa di atas pembatalan sambutan tersebut. Penulis tidak mahu memberi komen apa-apa mengenainya kerana, Kita semakin dewasa dalam menilai mana yang baik dan buruk.
Cuma apa yang penulis rasa terkilan ialah mengapa sambutan tahun baru perlu ada konsert rock, percikan bunga api, apakah itu perlambangan kita menuju ke zaman kemajuan. Tidakkah kita sedar keruntuhan akhlak yang bergentayangan di dada akhbar sejak kebelakangan ini berpunca dari mana....? Adakah ianya berlaku sendiri? Mengapa akal kita yang sihat ini tidak dapat "menaakul" semua ini.
Mungkin ada yang mengatakan penulis anti-sosial, anti-kemajuan, anti pembangunan.Katalah selagi mana ada hati yang mahu berkata....kerana tidak mungkin semua hati itu bersifat sama bak kata pepatah" rambut sama hitam tetapi, hati lain-lain".
Penulis mungkin kurang berilmu akan tetapi berpesan dengan kebaikan itu kan satu tuntutan agama.
1 Ulasan:
kalaulah sambutan itu baik, tidak perlulah mereka batalkan kerana menghormati hari raya qurban. itu menunjukkan sambutan itu mereka sendiri sedar perbuatan 'LAGHO'
Post a Comment