"Oh ayah, oh ibu dengarlah....
Rintihan dan luahan hatiku
yang dahaga kasih"
Lirik lagu ini menyentuh kalbu saya......Seringkali di minda saya terbayang akan impian untuk mencipta keluarga bahagia......mampukah saya membahagiakan hati -hati makluk Allah lain yang di gelar insan keseluruhannya...
Saya teringat akan kisah sahabat saya....beliau sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata...Apa yang menyayat hati adalah kisah hidupnya.....
Seharian saya mendengar luahan isi hatinya......, "semua orang menganggap aku telah melupai sahabat-sahabatku, memori di mana aku mulai mengenal langkah dan berjalan...,akan tetapi andai mereka menjadi aku mereka pasti akan mengerti apa sebenarnya berlaku..." sayu benar bunyi tuturnya.... lama saya mendiamkan diri dan melihat reaksinya. Air mukanya sedikit muram. Hati saya berkata berat sungguh penderitaan sahabat ini.....Lantas saya bertanya "apa masaalah kau sebenarnya?".
" Kau tahu..., aku tidak pernah menceritakan masaalah ini kepada orang lain..waima keluarga aku sendiri pun tidak kuberitahu, tetapi aku lebih mempercayai kau seorang..." renungannya kian jauh dan redup cuaca di wajahnya kian mendung. "Ceritalah,mungkin kau akan lebih lega selepas kau menceritakannya...."
"Aku telah berkahwin seperti mana yang kau tahu, namun tiada siapa yang tahu sejak perkahwinan ini aku hidup bagai terasing. Iparku tidak dapat menerima aku sebagai adik iparnya, seringkali mencetuskan perbalahan sehingga hubungan aku dan mentuaku sudah mulai hangat apa sahaja yang aku lakukan tidak senang di mata mereka. Isteriku pula seakan tidak memahamiku, aku tidak bebas bertemu kesemua sahabatku walaupun sekelip mata......dan kini aku tidak mampu untuk berkerja mencari rezeki....,bukan aku tidak mahu bekerja akan tetapi tiap pekerjaan yang aku lakukan tidak bertahan lama....Aku bingung memikirkan semua ini....akan tetapi aku tidak menyesali apa yang telah aku lalui....cuma, aku berfikir apa dan di mana silapku selama ini....aku malu untuk bertemu kau dan sahabat kita yang lain....aku telah memulaukan diriku sendiri....aku tidak mahu semua ini tetapi inilah hakikatnya.....aku sayangkan perkahwinan ini, aku sayang anak aku, aku sayang isteri aku, dan kerana itu jualah aku bertahan menurut kemahuan isteriku. Kami sering bertengkar....dan setiap kali berbincang aku tenggelam dalam herdik dan jerkahan isteriku....malahan kesemua sahabatku sudah di beri amaran oleh isteriku agar tidak menghubungi aku........ aku buntu dan malu sebenarnya.....suaranya terhenti.
Saya memandang wajahnya berat benar rasanya penderitaan nya namun berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Saya berkira-kira apakah nasihat yang terbaik untuknya...takut kalau-kalau nanti emosinya terusik. Akhirnya saya bersuara " Tidakkah kau sedar bahawa, sahabat kita sentiasa menanti kehadiran kau dikalangan kami...kami tidak pernah membuang kau dari jiwa kami. Walauapapun keadaanya kau tetap sahabat kami.
"Sahabat, sebenarnya kau patut merasa bertuah kerana kau telah dipilih oleh Allah untuk di nilai dan di naiktaraf. Kerana apa? Kita sama- sama tahu bahawa, setiap ujian yang di timpakan ke atas kita adalah kerana Al Khaliq telah menyediakan ganjaran yang setimpal dengan ujian yang diberinya.... Aku tahu kau seorang yang tabah dan istimewa, maka sebab itulah Allah memberi pelbagai ujian padamu tidak pada orang lain. Ada orang lain yang lebih menderita daripada kita. Wahai sahabatku para pejuang diseksa tatkala menenggakkan kalimah La Illah Ha Illallah. Rasulallah sendiri dikejar oleh kafir Quraisy ketika dalam perjalanan hijrahnya. Usah kau ragu dan berputus asa dengan rahmat Allah. Ingatlah pesan guru kita akan maksud ayat Al Quran " Barangsiapa yang beserah diri sepenuhnya kepada Allah, dan berkata cukuplah hanya Allah sebagai wakilku, nescaya akan diberi jalan keluar(rezeki) dari sumber yang tak di sangka-sangka." Tiap sesuatu kejadian itu pasti ada hikmah yang menanti di sebaliknya. Kerana Allah Sayangkan kau maka diberinya sedikit ujian agar tingkat imanmu bertambah kau pun tahukan sabar itu separuh dari iman".
"Sahabat, serahkan dirimu sepenuh-penuhnya kepada Allah dan yakinlah akannya, aku yakin kau akan tergolong dikalangan orang-orang yang berjaya Insya- Allah."
Itulah sebahagian dari dialog saya dan sahabat tersebut. Sesekali saya terfikir darah kita yang mengalir di antara kita dalah sama warnanya. Malahan warna rambut yang di kurniakan oleh Allah kepada kita adalah sama,kemudian kita memandang ke arah kiblat yang sama. Mengapa masih ada perbezaan kasta lagi.....kita sayu mendendangkan alunan suara memujinya tetapi kita berlaku zalim atas Produknya iaitu makhluknya apakah kita benar-benar beriman kepadanya ? Wallah hu A'lam
1 Ulasan:
Tuhan takkan selamanya menguji insan
Post a Comment