25 June 2007

Bicara Pinggiran

Al-hamdulillah.....syukur kiranya saya masih di beri kesempatan untuk terus menghirup udara di bumi Allah ini....

Sebenarnya tidak banyak yang berubah dalam diari hidup saya saban hari......Namun sempat juga saya mengikuti pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat Wilayah Di Masjid Bukit Aman Selama 2 iaitu pada 23 dan 24 haribulan Jun 2007. Terpaku saya seketika mendengar suara-suara yang merdu mengalunkan Taranum lengkap dengan sikahnya,rastnya dan lain-lain lagi.... indah rasanya......Namun tiap-tiap perkara kebaikan pasti akan hanya di pandang sepi.......hadirin hanya sekadar memenuhi 2 barisan kerusi. Itupun mungkin ada yang "terpaksa menghantar diri ke situ"Lantaran pelatih Polis yang memenuhi kira-kira 80 % daripada hadirin pada malam itu.

Sejurus habis majlis itu, saya pulang dan melewati Dataran Merdeka. "Pesta" bermula..kalau tak silap saya tarian muhibbah.....memang muhibbah sangat sampai tiada langsung ruang untuk meletak kenderaan....Kemudian esoknya saya menjengah ke dada-dada akbar, cuba melihat-lihat kalau-kalau ada "close-up" sekitar pertandingan tilawah tersebut. Syabas ! kerana tarian muhibbah lebih mendapat tempat halaman berwarna......

Habis kisah di atas.......

Saya teringat akan kisah seorang teman saya...dia seorang perempuan.....umurnya dalam lingkungan lewat 20-an namun masih belum berumahtangga.... mulut degil saya pantas bertanya soalan cepu emas padanya "Kenapa awak tidak berkahwin lagi?" ternyata cuaca mendung memayungi wajahnya....lantas dia berkata " Kalau awak mahu tahu,kisah ini panjang....tapi cukuplah kalau saya katakan adakalanya kita perlu pertahankan pendapat dan pendirian kita sendiri. Adakalanya keluarga kita sendiri pun belum tentu dapat merencanakan sesuatu yang baik untuk kita. Dan adakalanya rencana mereka membinasakan harapan dan impian kita......"sayu benar bunyinya....hal keluarga lagi agaknya....terkaman pertama perasaan saya padanya......"Saya pernah bertunang....dengan jejaka idaman saya...namun mungkin kerana dia tidak berharta maka tunang saya ini dihina dan di cerca....mengapakah harta menjadi pengukur kasih sayang sesama manusia......?" soalan yang tidak mampu saya berikan jawapannya. Sudahnya saya hanya diam membatu sambil terus menanti butir bicara yang bakal terhambur dari bibirnya. " Padahal tunang saya itu bekerja, Cuma mungkin dia kurang bernasib baik kerana di lahirkan dari keluarga yang agak susah, akan tetapi mereka tidak meminta-minta malah sentiasa berusaha. Saya malu dengan keluarga tunang saya walaupun keluarga saya menghina mereka, mereka tetap menerima saya sehingga sekarang....biarlah apapun terjadi hanya dia dihati saya dan saya tidak akan mencari yang lain" . Dia berlalu dan meninggalkan saya termanggu sendiri mentafsir akan makna-makna yang dicorakkan dalam pementasan luahan nya tadi.......

Sejenak saya merenung kedalam diri saya sendiri...........apakah pada zaman ini harta adalah kayu pengukur kepada kebahagian sesebuah keluarga. Memang di akui harta adalah perlu namun ia bukanlah segalanya.......yang paling penting bagi saya adalah usaha yang berterusan dan tidak meminta-minta . Malah saya teringat akan kata-kata pujangga "harta bukan untukmu, untukmu hanya rezeki, terkurang himpun lagi terlebih memberilah.......

Apa kata anda? tepuk dada tanya...........?

2 Ulasan:

Mak Su said...

ada orang ada kelapangan, tapi tak minat... ada orang tak de kelapangan, tak dapat tgk real, tgk kat dalam tivi pun jadi ler.

macai_suci said...

bergitulah hakikatnya....salah siapa andai Islam tercatat di kad pengenalan sahaja.

Template by:
Free Blog Templates