22 August 2007

Hantaran atau mas kahwin




"aku nak kahwin minggu depan". "Berapa hantaran kahwin kau?". " RM 10,000.00" mas kahwin RM 22.50."


Mungkin dialog ini anda biasa dengar...apatah lagi dikalangan pemuda....berpinar-pinar rasanya mahu mencari ongkos sebanyak itu.....


Cuma yang menghairankan mengapa hantaran lebih tinggi daripada mas kahwin...sedangkan maskahwin itu untuk isteri....apakah isteri kita yang bakal menemani kita selagi bernyawa ini harga layak menerima RM 22.50 sahaja hadiah dari seorang yang bergelar suami.


Masyarakat hari ini lebih memikirkan nilai hantaran hingga sanggup berhutang...kemudian daripada itu perlu pula memeningkan kepala memikirkan hutang......


Apa yang ingin saya kongsikan disini ialah sabda Rasulallah :

"Dan adakanlah walimah walau dengan menyembelih seekor kambing."


Pernahkah kita terfikir kesetian seorang isteri menurut perintah suaminya sepanjang hayatnya hanya diberi RM 22.50 pada saat dirinya diistiharkan menjadi milik suaminya....


Mengapa kita lebih memikirkan nilai hantaran berbanding nilai maskahwin.....apakah mungkin dia hanya seorang isteri maka yang lebih penting adalah nilai hantaran berbanding nilai maskahwin.........kemudian duit hantaran itu digunakan pula untuk menyewa pelamin yang maha indah sekaligus jelas bertentangan dengan adab yang diterapkan oleh Islam yang mana bersanding ini diwarisi oleh budaya hindu....bahkan lebih dahsyat lagi diiringi oleh kumpulan muzik yang melalaikan dan bertentangan dengan budaya Islam.


Jawapan yang diperolehi cukup mudah "alah sekali jer seumur hidup". Bukankah manis andai majlis Walimah ini dihiasi dengan bacaan selawat atau mungkin diadakan majlis kesyukuran dan bukanya majlis hiburan.


Kita memohon berkat sempena majlis ini......maka yang menghadirinya pun turut sama beroleh barokah....


Namun entah di mana silapnya....perkara ini dipandang sepi dan akhirnya dilupakan terus.......


Majlis dimulakan dengan bacaan doa....tetapi isi majlis tersebut? Kumpulan Kugiran "Melalak " dengan karaoke nya...bagaimana?...Adakah Islam mengajar bergitu.......

2 Ulasan:

Anonymous said...

Aku pun tgh pening mikir hal ni .. akekeke

Puteri said...

hmm.. btl tu.. dah lm trtny2 jgk.. nape mas kawen tu murah sgt2 brbanding hntrn? kn ke hntrn tu yg sptutnya lbh murah?

** mahal weh..
:D

Template by:
Free Blog Templates