Hari ini hati terpaku shahdu
menatap ruang hari yang berlari
tanpa sedar detik itu kembali
membawa rahmat buat insan
hadirmu membawa berkat
Pergimu dulu sering diratapi
ibarat mutiara yang hilang
tapi janjimu tetap terpatri
kau hadir lagi membawa rahmat
mengisi kekosangan nuran
adakah mereka sedar akan hadirmu
atau hanya sekadar hadirmu menyeksakan
hati yang selama ini tandus akan terus ketandusan
namun masih ada yang mahu mencurah bakti
menghurai simpulan-simpulan khilaf
kian lama bersarang di penjuru hati
Ramadhan kembali!
ayuh lagukan irama taatmu
hamparkan baldu putihmu kembali
yang kian lama berkerak
Ramadhan redhailah kami
biarkanlah kami menabur bakti yang murni
dendangkanlah kami selimut sejahteramu
buat yang masih merinduimu
Tanpa sedar ramadhan kini kembali mewarnai kehidupan kita..aha..bagi yang belum melunaskan tuntutan hutang puasa....sudahkan anda melangsaikanya....bagi yang merindui saat shahdu beribadat inilah detik dan masa nya.......
Bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan ada pengisiannya sendiri.3 Bulan ini merupakan bulan yang sangat di muliakan oleh Allah......sehinggakan ada satu kata -kata yang indah " Rejab itu bulan Allah, Bulan Syaaban Bulan Rasulallah dan bulan Ramadhan adalah bulan umat Islam seluruhnya. Dalam bulan Rejab dan Syaaban kita disunatkan berpuasa manakala bulan Ramadhan difardukan(diwajibkan ) berpuasa kepada semua umat Islam.
Walauapapun biarlah ikhlas dalam melakukan semua amal ibadah ini Insya- Allah akan beroleh keberkatanya....
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
5 Ulasan:
salam ramadhan al-mubarak jgk buat abg farid ;)
hmm.. nice poem..
buat sndiri ya?
iyer putri.........
wa bagus2. suka.. nak amik ble?
nak amek boleh?
ambik la puteri...untuk puteri apa sahaja ye...he..he...
Post a Comment