Al-Hamdulillah....setelah puas akal berputar,akhirnya dapat jugak saya "mengupdatekan" blog ini.
Apa yang saya kongsikan di sini ialah apa yang dikatakan sebagai revolusi pemikiran. Sebenarnya topik ini bukan baru yang seringkali ianya di bangkitkan dalam pelbagai program motivasi diri. Namun saya bukanlah mahu mengulas apa yang telah di perbincangkan. Cuma sekadar memberikan pendapat saya setakat mana yang saya tahu.
Kesempatan bertemu, berbual dan berbincang dengan berberapa para ilmuan,saya memperoleh "input" yang amat bermakna buat saya. Antaranya :
1. Konsep menuntut ilmu - Seringkali kita dengar petikan hadis dan al-quran mengenainya antaranya : " menuntut ilmu itu wajib bagi tiap-tiap mukallaf dari dalam buaian hingga keliang lahad", "Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China". Tetapi sejauh mana kita mengikuti saranan ini.
2. PHD- Bukannya "Phillosophy Doctor" tetapi " Perasaan Hasad Dengki" tetapi kita hanya sekadar mendengar dan mengganguk kepala tanda setuju, akan tetapi penghayatanya?
3. Revolusi Pemikiran ( Anjakan Paradigma, Think Out Of The Box (TOB)) namun sejauh mana kita berani melakukanya.
Persoalanya kini mengapa kita sering mempersoalkan individu yang berani melakukannya. Sedangkan kita masih lagi berada di takuk lama, dan apabila individu tersebut berjaya kita pula sibuk mempersoalkan kredibilitinya hingga "mempopularkan" bomoh santau. Tidakkah perlakukan kita ini lebih dahsyat daripada haiwan? Haiwan pun tidak pandai menggunakan bomoh untuk menghancurkan kehidupan makhluk yang lain.
Marilah kita bertanya secara jujur kepada diri kita berkaitan soalan-soalan di bawah ini :
1. Apabila seorang sahabat kita merancang untuk memulakan perniagaan yang kurang popular.. apakah pandangan yang kita berikan kepadanya?
2. Apabila sahabat kita memberikan nasihat, apakah tindakan kita? Adakah kita terima atau sebaliknya?
3.Apabila sahabat yang pernah kita perkecilkan usahanya dahulu berjaya dalam perniagaanya...apakah perasaan kita sekarang kepadanya ?
Tidak perlu anda berikan jawapan itu kepada saya sebaliknya....berikan jawapan itu kepada hati anda sendiri dan anda nilaikan diri anda di mana dan mengapakah anda berfikiran demikian?
Pernahkah kita terfikir..........hidup kita ibarat kereta yang meluncur laju di jalan raya.....setiap saat dan ketika melakukan perkara yang sama........bergitu jua kita.....setiap hari dari celik mata dan menutup mata buat seketika pasti melakukan perkara yang sama kan? Persoalannya mengapa kita perlu merasa sombong dan bongkak pada kehidupan yang sementara ini ?Fikirkanlah. Kerana "berfikir sejenak lebih baik daripada beribadat sepanjang malam"
0 Ulasan:
Post a Comment