Mungkin apa yang ingin aku perkatakan ini adalah perkara yang sudah lapuk,asai,usang atau apa sahaja yang sewaktu dengannya.
Mungkin kata-kata ini seringkali menghiasi bibir-bibir ustaz dan ustazah. Halnya bergini.
1.Kita mungkin mengakui kehebatan ciptaan barat. Canggih dan merentasi kemajuan zaman. Namun berapa ramai di antara kita menyedari bahawa asas kepada teori ini adalah daripada kemajuan tamadun Islam (kerajaan Andalusia). Kerana apa? Kerana hari ini kita tidak mahu merungkai atau menyelak kembali sirah (sejarah) Islam. Mengapa? Kerana kita tidak mahu berbangga dengan apa yang kita milikki.
2. Kita seringkali menyatakan bahawa agama kita sedang diperkosa kesuciannya.Persoalanya siapa perosaknya? ORANG ISLAM ITU SENDIRI!! Maaf kalau aku terkasar. Tapi itulah kebenarannya. Contoh, siapa pengikut fanatik Black Metal hingga tergamak minum darah kambing? Yang terkinja-kinja di konsert-konsert tu siapa? Yang menjadi bohsia, bohjan, penagih dadah dan mat rempit itu siapa kebanyakkannya? Kenapa perlu menuding jari kepada orang lain? Maka, adakah kenyataan aku ini salah?
Sedarlah kitalah yang menjadi perosak kepada apa yang telah sedia kita milikki. Salah siapa semua ini? Tepuk dada tanyalah ilmu di dalamnya.
1 Ulasan:
huhuhu, sendiri lemah, tapi tak ngaku, asik tuding jari kat org lain jer, ek
Post a Comment