Seharian yang berlalu. Aku masih lagi mencari punca dan ilham menghasilkan karyaku yang bukan baru dan bukan lama . JEMBALANG KASIH.
Adakalanya aku keputusan ilham. Adakalanya Ilham yang datang bagaikan rojak bercampur baur. Demi cabaran sahabatku serunai faqir akan kugagahi jua merempuhnya.
Kesempatan untuk aku berkarya sebernarnya bukanlah sesuatu yang amat mudah. Pergelutan antara tugasan harian dan tanggungjawab menjadikan aku kian lelah berlari. Namun bakat yang aku milikki ini perlu aku persembahkan. Mungkin bukanlah terlalu istimewa.
Suatu Waktu dahulu, memang akulah penulis warkah mencurah rasa yang terhebat(he..he.. agaknyalah)pada ketika uniform sekolah masih membaluti tubuhku. Tapi kini ianya bagaikan himpunan batu yang membebani jemalaku.
Namun langkah-langkah perjuangan tetap jua ku aturkan. Tidak sekali-kali akan ku rebah sebelum ku redahinya. Inginku catatkan tiap memori dan kenangan di lembaran bisu yang menjadi saksi bahawa aku mencintai sastera dan seni.
Aku terlalu ingin sebenarnya, menghitung benang ilusi yang mengikat diri...Maka iringilah aku sampai kepuncaknya.
23 December 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Ulasan:
Post a Comment