Hati saya tertarik kepada emel yang di kirimkan oleh seorang sahabat pada pagi ini.....Paderi Melayu Mengkafirkan Orang Melayu.....
Mungkin bagi anda ini perkara biasa.....betulkah begitu?....
Namun bagi "Orang Kolot" seperti saya merasa amat sedih dengan peristiwa ini, apatah mengenangkan tanda-tanda tamat hayat dunia yang di khabarkan Al-Khaliq Kepada kita dalam Qalam nya(Al- Quran) Kadangkala hati menjadi kecut.......
Bertebaran pesta maksiat melata bagaikan sampah di jalanan...siapa pengunjungnya....kalau bukan anak-anak yang mengaku Muhammad (S.A.W) itu Rasulnya...Malahan ada yang membantah pada usaha pencegahannya....malahan manusia terbabit adalah kalangan "orang langit" seperti kata serunai faqir (http://serunaifaqir72.blogspot.com) .
Apakah ini yang dikatakan kita menjalani kehidupan yang moden. Ah, mungkin sahaja saya insan yang kolot atau ekstrim atau ortodoks. Namun kita lihat apakah Islam itu hanya sembahyang, puasa , zakat, Menunaikan Haji sahaja....
Saban hari kita mendengar saranan PM kita menyebut "Islam Hadari". Apakah ini yang di katakan kehidupan bertamadun... bukan lah saya seorang yang sempurna jadinya...namun saya tidak ingin melihat agama yang kita cintai ini hanya tinggal catatan pada sijil kelahiran atau kad pengenalan sahaja.....
Kita merasa bangga apabila orang luar menyatakan bahawa Malaysia adalah contoh Negara Islam terbaik di Dunia....Namun mana imejnya? mana syiarnya? adakah ia hanya dilambangkan dengan ramainya orang beredar dari masjid selepas Solat Jumaat. Atau dengan penganjuran Musabaqah Al-Quran pada setiap tahun....atau adakah Islam hanya untuk mereka yang "berusia senja" sahaja.
Apakah "bukan paksaan dalam agama " itu bererti anda bebas berparti liar......... kalau kita tanya mereka apa jawapannya?.... "belum sampai seru". "Ala, muda lagi nanti dah tua taubatlah". Anda tahu ke bila " undangan "maut anda..kalau anda mati dikala sedang asyik meneguk air "syaitan" atau dibelai "bidadari syaitan" bagaimana.......
2 Ulasan:
betullah lah agaknya. Malaysia yg diuwar-uwarkan negara Islam memberi peluang kpd wakil PLO (UMNO Palestin) utk berucap dlm persidangan NAM. Walhal wakil HAMAS pun ada dlm majlis itu. KAsihan betul mereka, masih keliru macam budak2 TADIKA KEMAS tentang pemilihan wakli kerajaan Palestin yang sah.
2. ada seorang India yang mukanya sebiji mcm Melayu, cakap Melayu pun fdasih, tidak telor. Bercerita pada jurutera Melayu, katanya.."satu hari seorang rakan Cina saya di Carlsberg memaklumkan saya ada surau untuk solat."
Hah!!!???? di Carlsberg Shah Alam pun ada surau? Inilah bahana jika kilang arak dibuka di negara Malaysia ni. Siap anak2 orang Islam bekerja di situ......
- Naimisa Yusof -
Saya tidak mahu menuding satu jari kepada orang lain sedang empat jari kepada diri kita sendiri.....maksudnya jelas....dalam satu ayat alquran yang bermaksud "Tidak aku ubah nasib sesuatu bangsa itu melainkan bangsa itu mengubah nasibnya sendiri"
Antara lainnya kita tidak dapat mencapai saranan PM andainya kita hanya menuding jari kepada orang lain cuma, kita perlu sama-sama menjaga kedaulatan Islam itu sendiri....
Sebagai contoh,anak-anak kita,mungkin suami/isteri kita,adik-beradik kita,kalaupun tak mampu sekurang-kurangya hati kita tak merestui kemungkaran itu berlaku....... begitu lah adanya.
Post a Comment