10 July 2006

Andai Aku punya Cinta


Andai Aku punya Cinta
Hatiku pasti dibungkusi bahagia
Segenap rasaku berperisa rindu
Alam jua dipuput bayu kasih yang berhembus
Andai aku punya cinta
pasti derita terhalau jua
demi sebuah kehidupan yang kudus
kerna hanya aku yang mengerti
akan erti dakapan kasih
Mampukah aku memilikki cinta
kiranya congakku semakin kelabu
dihujani dakyah keliru
lantas biarlah aku bermimpi sendiri
kerana aku tahu ertinya
tanpa perlu didustai lagi....

0 Ulasan:

Template by:
Free Blog Templates