Kaki masih terus melangkah melewati jalan yang kian berdebu sambil di hiasi deraian deruman enjin kenderaan yang lalu lalang disini . Penat aku berhenti, kemudian ku teruskan lagi. Sesekali benak ku berputar “apa yang kucari di sini?, berapa lamakah lagi penantian ku akan berakhir?’ . Puas sudah cuba kugapai impian yang ku bina saban hari namun, aku masih bergini. Keliru dalam pencarian ku sendiri.
“Sudahlah, tidak usahlah kau bermimpi lagi, apa kau fikir dengan mengelamun bergini kau akan berjaya mencari apa yang kau hajati , kalau engkau mahu tahu, ulat dalam batu pun berusha mencari makannya inikan pula manusia seperti kita “ kata –kata itu masih terngiang-ngiang di cuping telinga ku . Panas benar rasanya , di tambah lagi akan hangatnya hati ku di sindir bergitu. Apakah salah aku mencari sesuatu kelainan dalam hidupku?. Aku sedar aku hanyalah manusia yang kurang dari segi pelajaran . Bukanya aku tidak mahu untuk meyambung pelajaran ku malahan, keputusan SPM ku juga bagus Cuma mungkin keluarga ku bukanlah lari dari timbunan emas atau tidur bertilamkan permata. Namun aku bersyukur , aku masih punya ibu dan bapa yang memberi sepenuhnya kasih sayang padaku.
“Walau setinggi manapun kita belajar andai kita tidak punya matlamat hidup kita tidak akan berjaya” Masih ku ingat pesan keramat itu. Dan kerananyalah aku belajar berdiri di atas kakiku sendiri. “Syukur padamu tuhan, kerana meskipun aku miskin harta namun aku masih kaya pengalaman dan keyakinan. Sebenarnya aku binggung, apakah aku jua tidak berhak mendapat peluang di tanah airku sendiri?.
Telah beratus surat permohonan ku hantar memohon pekerjaan namun akn masih bergini. Mungkin rezekiku hanya setakat temuduga sahaja. Ya temuduga mana yang tidak kuhadiri , dari jabatan kerajaan hingga swasta , dari sekecil syarikat hingga ke sayrikat multinasional namun aku masih jua bergini. Dan akhirnya aku bergelar kerani sambilan di sebuah syarikat keewangan bergaji hari. Al-hamdulillah sekurang-kurangnya aku masih berjawatan. Pernah satu ketika dulu aku membayangkan berjawatan baik, mampu bergaya…
“Hei.. mana engkau berkerja sekarang ?” Sapa temanku sewaktu aku pulang ke kampung dahulu. “Alah kerja biasa sahaja, Engkau pula bagaimana ?” “Aku sekarang di sebuah syarikat penerbitan novel dan karya kreatif. Aku sememangnya nak jumpa engkau , kerana aku tahu engkau hebat bermain kata-kata sewaktu zaman persekolahan dahulu. Bagaimana kalau engkau menyertaiku menulis?” . “Menulis ? Hmm…. Layakkah aku?. Memang dahulu aku hebat menyusun kata tapi itu hanya dalam lembaran biru bertaut cinta dan ianya sekadar meluah rasa bukan karya kreatif bergini”. “ Kawan .. bukan bibit sastera itu sudah bermula dalam diriimu lantas apa perlu lagi kau tunggu?” Kalau tidak kau gilap sekarang” . Kata –kata itu bagai meletakkan diru di persimpangan delima atara yakin atau tidak. Mampukah aku menandingi mereka yang mempunyai nama di arena ini , mampukah aku berdiri seiring SN. A Samad Said, Dr Lim Swee Tin, S. Othman Kelantan atau yang sewaktu dengannya. ……..
Apakah kesudahannya cerita ini?.. anda ada pendapat hantarkannya kepada maca8678@yahoo.com .
1 Ulasan:
I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! » » »
Post a Comment