Hari ini aku kena "bambu" dengan bos atas kesalahan yang bukan aku lakukan. Hai nasib badan! Kalau diikutkan kepala hangin aku mahu sahaja tangan dan kakiku yang melayan api amarah bos aku itu,Paling tidak pun pasti runtuh meja itu ku hiaskan. Namun aku berfikir adakalanya manusia tidak akan dapat mengawal rasa marahnya dan apabila tahap kesabaran itu tercabar pasti huru-hara jadinya.
Dan kemudian aku memaksa kotak ingatan ku berputar kembali zaman "gelap" ku dahulu, dalam keadaan yang mungkin sama bergini pasti kesudahannya bengkak dan lebam yang menghiasi tubuh diantara kami.
Syukur padamu tuhan, kini aku sedar bahawa apa yang kita lakukan pada orang lain pasti suatu hari nanti ada orang lain yang akan melakukannya kembali pada kita. Dalam Islam sendiri menganjurkan apabila kita merasakan amarah kita hampir sampai ke puncak basahilah tubuh badan kita dengan wudhu' dan hiasilah hati kita dengan Istighfar.Atau sekurang-kurangnya menyebut Auzubillah Hi minas Syaithon Nir Rojim.
Saban hari nampaknya kesibukan memburu aku seharian di ofis tambah-tambah lagi jabatan aku mahu di koporatkan. Hai macam-macam perkara perlu di buat. Namun aku cuba juga untuk mencuri masa menulis cuma idea yang terbit dari akalku bagaikan rojak dan nasi campur. Terima Kasih Pada semua yang menyokong aku selama ini... Insya allah aku akan terus menulis kerana hanya inilah medan aku berpesta rasa.
2 Ulasan:
susahnya nak masuk kat sini. lama bebenor nak tunggu appear
Maaf Kanda dinda kini telah mengubah menjadikannya lebih mudah dan mesra pengguna
Post a Comment