Sesekali akalku menerjah jendela hati yang kian suram....pancaindera rasaku berlagu sendiri. Kini setelah ku lewati semua kepahitan dan kehitamannya aku bangkit mencorak kembali warna mimpi. Dan kini baru aku sedari akan akal dan budi manusia...
Pepatah mengatakan bahawa "jangan menilai buku dari kulitnya" benarlah pepatah ini..Kerana pada zahir sifat manusia itu tidak mungkin mencerminkan isi hatinya......rambut manusia sama hitam tapi hati lain-lain...Ya kali ini aku tertipu dek pandangan mata...
Pengajaran buat semua penilaian terhadap individu bukan bergantung pada raut wajah, pakaian dan kata-kata. Selami setiap tutur kata yang di lontarkan, Nilai peribadinya melalui pergaulan dan idealisme nya kerana dalam dunia yang hari ini banyak "syaitan yang bertopeng malaikat".
Pada hakikatnya setiap sesuatu yang mengikut syarat itu indah. Apatah lagi syarat itu syariat Allah, Namun apa yang berlaku hari ini ramai yang pandai bercakap hal agama tapi di hatinya hanya sifat dengki, khianat, busuk hati. Mungkin benar itu adalah sifat yang sedia ada dalam diri manusia....namun ianya perlu di kawalselia sementelah ianya lahir dari orang yang mengaku mengamalkan Islam pada kehidupannya. Maka dari itu ketahuilah bahawa kekotoran dosa dan jiwa itu lebih busuk daripada najis manusia.
Pada kehadiran Ramadhan ini usirkan lah segenap dosa dan racun jiwa ini agar amal ibadah kita senantiasa terpelihara dan mendapat rahmat darinya....Ingat! Tuhan tidak memandang rupa,harta dan pangkatmu tapi tuhan memandang apa yang tersurat dan tersirat di hati mu... dari itu marilah kita sama-sama membersihkan hati kita dengan beristighfar dan melakukan kebajikan Insya- Allah.
Alhamdulillah berkat dari bimbingan dan nasihat dari kengkawan kini saya telah dapat menerima hakikat sebuah kehidupan. Terima kasih Buat "cikgu kecil bersemangat gajah" dengan dorongan dan nasihat anda saya telah mampu tersenyum hari ini . Juga buat sahabatku Serunai Faqir dan yang lainnya moga Allah jua membalas jasa dan bakti anda pada saya. Kini saya redha dengan ketentuannya cuma andainya berlaku kezaliman saya mohon agar Allah tunjukkan kebenaranya...kiranya ia adalah kesilapan saya sendiri saya rela menerima hukumannya.... Moga perjalanan saya akan terus disinari cahaya yang kudus...........Aminnn
Selamat Berpuasa Semua
0 Ulasan:
Post a Comment