22 September 2006

Ni Amallu Bi Niat

Topik ini telah meninggalkan satu kesan di hati saya. Sebaik sahaja saya mendengar ceramah ustaz Aqil Hay saya termenung seketika. Fikiran saya ligat memikirkan hal kehidupan yang mendatang.
Menurut ustaz, setiap amalan ibadah yang kita lakukan Allah memandang kepada niat kita terlebih dahulu. Justeru itu...menjelang Ramadhan yang bakal menjelang marilah kita sama-sama memperbaiki amalan kita.
Bahkan apabila kita berniat melakukan sesuatu perkara kebaikan itu pun sudah dikira sebagai pahala. Namun harus diingat tanpa disertai perlakuan atau perbuatan itu adalah sia-sia.... Oleh yang demikian kefahaman mengenai asas Islam adalah perlu....usahlah kita berguru dengan buku kerana penjelasanya bersifat kaku atau beku. Sebaiknya kita mencari guru-guru yang mursid kerana apabila kita berguru pelbagai persoalan yang dapat dirungkai sekaligus dapat memperbaiki iman kita Insya Allah.
Mungkin ada di antara kita bimbang tersalah memilih guru dan atas sebab itulah kita di galakkan menunaikan solat ISTIKHARAH supaya kita dapat memilih guru-guru yang mursid.
Saya pernah mendengar satu pernyataan dari seorang ustaz" semua dosa umatnya akan di ampunkan kecuali mensyirik kan Allah".
Apa yang dikatakan sebagai syirik ialah mempercayai/bergantung/berharap kepada kuasa lain selain ALLAH S.W.T
Syirik terbahagi kepada dua iaitu :
  1. Syirik Kahfi
  2. Syirik Jali

Antara perbuatan/kata yang mengakibatkan syirik:

  1. Mengatakan agama lain lebih baik dari Islam
  2. Mempercayai/melakukan perkara-perkara khurafat seperti tangkal.
  3. Bersekutu/bersahabat dengan kuasa lain seperti Syaitan, Jin ataupun Iblis.
  4. Menggunakan ayat-ayat Alquran ke Jalan yang tidak di redhai Allah/bertentangan dengan hukum Syara'.
  5. Percaya kepada kuasa ghaib mampu memberikan kebaikan. Sedangkan tiap sesuatu perkara yang berlaku adalah dengan izin Allah sama ada baik atau buruk

Insya Allah kita akan sentiasa terpelihara dari perkara-perkara ini. Bersamalah kita memperbaiki amalan kita di sepanjang Ramadhan ini.

0 Ulasan:

Template by:
Free Blog Templates