Setelah seharian "mengharung" natijah hidup. Kini kepenatan menghantui diri..penat minda,penat fizikal. Di pendekkan kisah semuanya dalam kepenatan. Namun sempat juga aku mengisi kekosongan minda dengan berdiskusi bersama teman-teman di pejabat.
Antara bahan yang menjadi topik ialah soal jodoh dan penghayatan islam dalam kehidupan. Hasil dari diskusi ini kami sependapat mengatur satu persoalan. "mengapa dan kenapa?"
1. Saban hari muncul ijtihad yang pelik berkaitan agama? Sedangkan islam itu sendiri telah lama berdiri dan seolah-olahnya ulama terdahulu kurang ilmunya. Lantaran itu muncul satu ijtihad dari orang yang tinggi ilmunya berkata" Wanita boleh Melacur andai didalam keadaan darurat" mengapa jadi bergini walhal akan hakikatnya, Malaysia bukanlah negara darurat malahan istilah darurat itu sendiri tidak boleh di klasifikasikan hanya kerana tiada sumber pendapatan dan hidup melarat. Masih ada punca rezeki yang baik dan halal(Halalan Toyiba).
2. Ada orang mengatakan jodoh itu akan datang sendiri dan tidak perlu berusha untuk memikat hati orang yang diminati. Dalam hal ini aku teringat akan kata-kata yang pernah di ucapkan oleh ustaz sewaktu kuliah di masjid beberapa bulan yang lalu. Katanya " tiap manusia yang di lahirkan atas dunia ini di sertakan dengan 3 perkara iaitu:
- Rezekinya- samada cepat, lambat atau lambat-laun(tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat)
- Jodohnya- sejak dari azali lagi fitrah manusia telah diciptakan untuk saling memerlukan belaian kasih sayang. Namun untuk hanya berharap kepada Allah tanpa usha akan sia-sia seperti mana firmannya"tidak akan aku ubah nasib sesuatu bangsa itu melainkan, bangsa itu mengubahnya sendiri" persoalan ini telah ini telah di perjelaskan oleh Allah S.W.T di dalam Al- Quran.
- Ajal dan maut- "setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati". Janji Allah pasti berlaku.
3. Kebimbangan kami ialah akan muncul ulama berfikiran sekular dan menjadikan agama sebagai satu mata pencarian yang akan menyempitkan medan dakwah. Ulama ini disebut pada zaman khalifah sebagai ulama Su' . Ulama-ulama ini telah muncul sebenarnya dan mereka ini dalam proses menyebarkan fahamannya. mungkin bagi yang ada asas tidak menjadi masaalah tetapi..bagi yang melafaz kalimah pun tidak tahu bagaimana?
4. Konsep dakwah itu luas....apakah dakwah islamiah hanya berkisar kepada menyeru kepada melakukan rukun islam yang lima sahaja. Dalam hal ini saya teringat beberapa kisah tarbiah yang berlaku keatas saya sendiri antaranya:
Saya dikunjugi oleh berberapa ahli jemaah yang melakukan dakwah mempelawa saya memakmurkan masjid. Usaha ini bagus sebenarnya namun apabila kita melihat pergaulan jemaah ini dalam kelompok masyarakat hati saya menjadi sayu. Mereka menidakkan tahap ilmu orang lain hanya kerana orang itu tidak menyertai mereka mereka menggelar orang itu sebagai tidak terpilih . Mereka ini tidak mendengar kuliah dan ceramah kerana bagi mereka perkara ini hanya buang masa. Mereka juga hanya berpegang kepada kitab agama yang dikarang oleh Maulana Zakaria. Ijtihad mereka ialah berjuang Fisabilillah hanya dengan "keluar" bersyarat iaitu 3 hari, 7 hari, 30 hari, 3 bulan dan kemuncaknya ialah keluar seumur hidup meninggalkan tanggungjawab kepada keluarga. Bagi mereka Allah akan memelihara keluarga mereka ketika mereka keluar.
Apa yang menjadi persoalan kami ialah, mereka ini sebenarnya bercita-cita mulia, ini bertepatan dengan sabda baginda Rasullullah "sampaikan daripada aku walau dengan satu ayat yang kamu tahu" tetapi bagaimana tanggungjawab kepada kerja, keluarga. Mereka tidak bersetuju kalau anak mereka bersekolah bagi mereka fardu ain adalah segalanya di dunia ini tanpa perlu kepada fardu kifayah. Malahan saya sendiri pernah bersolat di belakang mereka namun, kepimpinan mereka tidak langsung kelihatan. Seandainya kita membaca sirah Rasullullah memakai pakaian yang di perbuat daripada jerami gandum, tetapi apakah pakaian yang mereka pakai itu menyerupai pakaian yang di sunnahkan oleh Rasullulah. Pada pendapat kami pakaian itu akan hanya akan melambangkan Islam menghalang kepada peningkatan tamadun manusia. Ini kerana islam menarik dan bukan ditarik. Apakah fahaman yang sebenarnya mengenai zuhud dan wasatiah? Apakah dengan menolak kemudahan dianggap sebagai tidak zuhud dan wasatiah? dalam hal ini saya tidak berani memperjelaskan ini kerana tanpa ilmu yang kukuh kita akan di heret kelembah fasik yang nyata.
Saya amat berminat barangsiapa yang ada ilmu untuk dikongsikan bersama saya. Sila emailkan kepada maca8678@yahoo.com
5 Ulasan:
Terima kasih atas entri ini. saya nampak lebih jelas masalah di Malaysia.
saya begitu sedih bila melihat keadaan umat di Malaysia. ada yang alim keluarkan fatwa yang pelik. yang jahil pula, buat pandai dalam bab agama.
Iyer terima kasih hakim atas komen anda...sebenarnya banyak lagi perkara yang semakin pelik berlaku di Malaysia...ini sekadar yang saya tahu...yang saya tak tahu?...
Wallah hu a'lam
Mahu katakan bagaimana ya? Umat Islam sendiri tidak mahu membuka minda mereka. Saling merasa diri lebih baik daripada orang lain.
Kanda sarankan dinda baca buku 'BAGAIMANA MENCAPAI KETENANGAN JIWA' karangan ulama' sufi Ibnu Qayyim Al Jauzyah, kerana soalanmu ini ada jawapannya dalam buku itu.
~zalisa maz~
terima kasih kanda....Insya Allah dinda akan mendapatkannya di pasaran..
"Ada orang mengatakan jodoh itu akan datang sendiri dan tidak perlu berusha untuk memikat hati orang yang diminati."
betulkah?
Post a Comment