Di kala kesunyian yang menambat diri.....aku termangu sendiri menyaksikan langkah kakiku yang adakalanya songsang dan adakalanya pasti......Aku terusan mentafsir akan makna-makna emosi yang menguliti diri saban hari.....
Apa yang aku cari....dan apakah makna pencarian ini....di mana harus aku mulai dan di mana harus aku akhiri....Aku kian sepi sendiri melewati pekatnya warna kehidupan. Namun harus aku akui adakalanya sinar matahari harapan bersinar terang...syukur padamu illahi...aku masih sendiri mencari dan akan terus mencari akan "hakikat" diri dan makna "ainul yaqin" dan "haqqul yaqin".
Tersenyum tatkala sedikit "rahmat" dihulur, meratap teresak-esak takala diberi ujian yang maha sedikit. Entah mengapa kadangkala aku tenggelam dan manifestasi diri....aku cuba mencari di mana diri aku sebenar 'ku pandang kiri, ku pandang kanan engkau tiada. Dunia terang tiada bermakna rintihan hatiku menambah derita dikau tak kunjung jelma".
10 Ulasan:
Kata2 yang cantik itu elok agaknya ditumpahkan dalam versi yang lebih panjang - seperti novel ke? Masyukkk gak
yer bergitulah niat di hati...namun apa daya ilmu nak menulis tu tak kunjung datang lagi lah bang...abang guide sikit camner nak mula boleh tak...
Mencari dirilah yang palaing susah rasanya.
bergitulah...lazimnya kita selalu leka dan di lekakan.....
Ujian susah biarpun sedikit cukup menyiksa jika kita terlupa bahawa itu tanda Dia sayangkan kita.
~zalisa maz~
yer..kanda...bergitulah lama tak dengar cerita kanda
hai, salam kenal... sukar untuk melalui rentak-rentak permainan ini ya.
terima kasih maksu....tiada yang mudah dalam hidup ini tetapi andai ada usaha yang berterusan pasti hidup akan terus menjadi lebih mudah...
Salam ... terima kasih atas sokongan sdr. Saya menunggu novel sdr pula.
: )
Dey mana entri baru ni?
Post a Comment