"arghh....... ! Tensionnya.....!" jerit hatinya. Segala apa yang dilakukan pada hari ini bagaikan serba tidak menjadi. Jari-jemarinya mengetuk-ngetuk meja mencari ilham. Irama jemarinya mendamaikan amukan resah di hatinya.....
Dia menyalakan kotak ajaib di depannya. Gumpalan warna jelas terpancar di kaca kotak ajaibnya. "Hmm...pc ini pun kenapalah agaknya lembab! Aku ataupun pc ini yang lembab!" hatinya membentak lagi.....Akhirnya dia bangun dan memandang keluar menerobosi jendela bangunan 25 tingkat itu. Hatinya damai seketika tatkala seraya matanya menatap deretan manusia berpusi-pusu menghurungi sebuah pusat membeli belah. Lama dia memerhatikan gelagat manusia-manusia yang pelbagai ragam itu. Matanya seketika tertumpu kepada sesusuk tubuh yang kurus dan kering di suatu sudut. Hamba Allah itu menarik perhatiannya"apa yang dia sedang lakukan di situ?". Tatkala matanya menatap wajah insan itu dia terpaku." Eh! Kalau tidak silap aku dia itu......., tetapi kenapakah agaknya dia disini bukankah sepatutnya dia.......,
Apakah akan terjadi........,

0 Ulasan:
Post a Comment