15 November 2007

Sang puteriku

Buatmu puteriku
Senyuman di pagi ini
Menguntum bagai bunga di taman
merwarnai perjalananku yang kian suram

Di daerah ini aku melihat
tangisanmu dibelai
pupukan mesra mendakap tidurmu
leka di baluti fantasi mimpi

Kini tapak kakimu bukan jari dua
mungkin sepuluh mungkin seribu
natijah pahit maung mendakapi hidupmu
kerna kami telah dahulu menghirupnya

Waktu kan tetap berlari
biarpun rentak kaki kian perlahan
kerna kami di sini kan berangkat jua
belayar ke pelabuhan yang abadi

buatmu puteriku
kiranya senja menjemput kami
Ikatlah hatimu pada azali
Nescaya hatimu jua berpayung

puteriku
andai langkah mu pincang
jatuh dan terluka
penawarnya masih ada

Izinkan kami tidur lena
tanpa perlu menatap lagi
wajah-wajah resah itu
kerana kami akan terus menguntum senyum
Walau mungkin beribu tahun lagi
pasti jua kami tatap akan ia


3 Ulasan:

Mak Su said...

siapa puteri tu?

macai_suci said...

Biarlah rahsia... he..he...Tak der sesaper pun maksu khas buat semua yang merasakan dirinya puteri...

Puteri said...

haha..
yang pasti bukan 'puteri' yang ni..

hehe

Template by:
Free Blog Templates