20 November 2007

Ketika aku sedang makan angin di sebuah kedai buku melihat-lihat kalau-kalau ada buku terbaru di pasaran yang menarik. Hmm....nampaknya semua sama novel cinta,buku hiburan,ada sedikit buku-buku perihal komputer. Ketika aku melewati satu rak buku novel aku terpandang novel Lagukan Senandung Itu.
Hmm.. covernya seakan menarik. Akhirnya selama lebih kurang satu jam aku menghayati novel karya Serunai Faqir ini. Kandungannya memang menarik iaitu kisah masyarakat yang diolah dalam gaya yang menarik . Mungkin bagi pembaca novel cinta yang melankolik novel ini bukanlah pilihan anda. Bagi yang suka berfikir buku ini memang sesuai buat anda. Antara lain kandungan buku ini adalah kisah seorang gadis yang mahu mendalami seni permainan gendang tradisional. Beliau cukup tabah mengharungi cabaran dan kritikan sehinggakan beliau memenangi beberapa pertandingan peringkat antarabangsa.


Cerita banyak pun tidak berguna, kalau tembak pun tidak kena. Jadi cubalah anda melihat-lihat novel ini di pasaran.





hmm...sesekali menjamu minda dengan bacaan bergini memang seronok..

1 Ulasan:

Mak Su said...

dah melawat ke sini? http://jamilahyangayu.blogspot.com/

Template by:
Free Blog Templates