24 January 2008

Maslahatan

saban hari kita akan di kelilingi oleh permasalahan yang tidak pernah sunyi mendatangi hati. Adakalanya ia akan meruntun hati , ada yang mengocak ruang kesabaran diri, apatah lagi permasaalahan itu mengenai perasaan.

Adakalanya kita mengharapkan ada pihak yang akan cuba memahami apa yang kita rasai. Namun benarlah kata pepatah " Rambut kita sama hitam, tapi hati lain-lain." Adakalanya akal dan fikiran kita akan di selimuti buntu dan gagal menjalankan fungsinya dengan baik. Pahit! perit! seksa! sakit! Hati berterusan menjerit tanpa lesu dan letih.....Satu demi satu masaalah menghimpit diri.

Cuma saya ingin membantu seorang sahabat saya menghadapi masaalahnya. Bergini beliau ada seorang kakak yang selalu mengganggu kehidupan hariannya. Beliau yang sudah berumur 28 tahun. Kakaknya seringkali meminta bantuan (secara paksa) untuk menjaga anak-anaknya. Sekiranya beliau enggan kakaknya akan mengadu keburukannya kepada ibunya dikampung dan akhirnya dia akan di marahi oleh ibunya atas kesalahan yang bukan di lakukannya. Ibunya pula lebih mempercayai kakaknya daripada dirinya. Kakaknya pula sering mengada-adakan cerita untuk memburuk-burukannya kepada ibunya andai permintaannya tidak dituruti.

Pada setiap hujung minggu kakaknya akan menghubunginya untuk meminta bantuan. Hinggakan hamba Allah ini merasa dia tidak bebas menjalani kehidupannya sendiri. Suami kakaknya pula seorang "Tabligh" dan sering "keluar" . Beliau "terpaksa" berbohong untuk tidak kerumah kakaknya. Menurutnya lagi setiap apa jua pertolongan yang di berikan kakanya tidak pernah menghargainya...lebih malang lagi hanya kutukan yang sentiasa diterimanya.

Saya merasa simpati, namun saya tidak tahu bagaimana untuk membantunya. Ada sesiapa boleh memberikan jalan penyelesaiaanya.

2 Ulasan:

Mak Su said...

saya nak cakap skit ler... tak semestinyer tabligh mereka boleh lepas dari tanggungjawab domestik juga kan... padahal dakwah yg terpenting adalah dari dalam membawa ke luar (mula dari keluarga, membawa ke masyarakat), dan mungkin orang itu boleh usaha untuk pindah jauh skit dari rumah kakaknyer. minta maaf untuk sebarang kekasaran bahasa.

macai_suci said...

terima kasih maksu,....mungkin itu satu jalan penyelesaian yang boleh difikirkan.

Template by:
Free Blog Templates