Menarik emel yang ku terima pagi ini. Perkisahannya memagut kewarasan hati mengatakan ya kepada kenyataan nya. Pernahkah kita terfikir pada setiap kali sesuatu majlis yang di anjurkan di mana-mana sahaja ada yang bersifat dangkal atau berpura-pura dangkal atau apa sahaja yang sewaktu dengannya.............
Pasti majlis akan dimulai dengan bacaan doa...... indah doa-doanya memohon agar rahmat memayungi majlis tersebut.......... Akan Tetapi........ Majlis akan disertai dengan nyanyian karaoke......,kemudian ada pulak yang "melanggar perkara yang fardhu" . Cuba kita fikirkan adakah mereka tidak faham, kurang faham, atau buat-buat tidak faham. Kemudian ada pula majlis sambutan yang disertai dengan mini konsert " berustazkan" artis yang bagai tidak mampu membeli pakaian higga terpaksa pakai pakaian yang lama hingga singkat baju tersebut( he...he... maaf Rasulallah menyebut " berkata benar meskipun pahit") atau mungkin mereka kepanasan hingga "tersurat" segala yang patut "tersirat".
Apa yang lebih memedihkan lagi majlis bergini di hadiri oleh kanak-kanak yang masih "putih" dan "hijau" tentang makna hidup. Adakah ini yang di katakan "Hadhari" (Didalam Bahasa Arab "Hadharah" bermaksud perubahan, apabila "hadhari" bermaksud perubahanku . Dalam erti kata lain apakah makna ISLAM HADHARI) Oleh yang demikian apakah yang bermain di fikiran kita sekarang mengenainya. Bolehkah Islam dirubah. Sedangkan satu hadis mengatakan "zaman perlu disesuaikan mengikut Al-Quran dan bukan sebaliknya.
Kita berhasrat menjenamakan generasi mencintai dan mengagungkan Al-Quran. Marilah kita sama-sama menilai persepsi kita sebenarnya ke arah mana. Dengan tidak berpihak kepada sesiapa aku bertanya kepada diri siapa sebenarnya perosak agama. Ada ilmuan sibuk "menduniakan" diri. Si Bodoh angkuh berdiri, Si Dangkal pula mencipta fatwa, yang akhirnya semua mentertawakan diri sendiri tanpa sedar.
Mari kita tanyakan "Orang-orang langit" ini (pinjam kata-kata Serunai Faqir ) apakah makna "Aqa'idul iman" atau cukup lah kita tanya kan mereka rukun solat yang mana fardhu dan sunat.
Mengapakah bergini agaknya. Ini hanyalah sebahagian badut-badut yang beraksi lucu di pentas umum , aku tidak sama sekali mahu mengatakan siapa namun harus kita fikirkan "kepimpinan melalui teladan". Kalau "bapa" tidak berjalan lurus mana mungkin mampu mengajar anaknya berjalan lurus.
Apa yang aku sendiri tidak sanggup melihat ialah kita seolah-olah mengajar generasi baru bahawa hiburan itu lebih utama dari yang lain-lain.
Seorang sahabatku seorang ustaz di sebuah sekolah agama milik Jabatan Agama . Mungkin kita berpendapat kemudahannya sama sepertimana guru-guru kementerian pendidikan. Andai itu yang ada dalam fikiran anda, ANDA SILAP.
Gajinya lebih kecil dan hanya bertaraf kontrak . Manakala guru tadikanya pula hanyalah sambilan tidak setanding dengan gaji guru tadika KEMAS. Mereka bukanlah kakitangan kerajaan malah hanya lantikan daripada jabatan yang mana gaji mereka adalah hasil daripada "pakatan" Jabatan Agama Dan Juga Majlis Agama tempatan serta sumbangan dari pihak sekolah.
Persoalannya bagaimanakah sokongan ke arah memartabatkan pendidikan Islam dalam sistem pendidikan Malaysia ini. Mengapakah pendidikan Islam bagai dianaktirikan, dalam kita memperkatakan soal memperingkatkan modal insan.

Setakat ini hanya TV9 yang menyiarkan rancangan-rancangan berunsurkan agama,yang lain hanya sekadar melengkapkan jadual penyiaran sahaja. APA KEJADAHNYA SEMUA INI ?.
Misteri kehilangan adik Sharlinie mengungkap perilaku manusia yang bersifat haiwan, kita tertanya mengapa ini berlaku, ramai yang mengeluarkan pendapat yang pelbagai namun bagi saya secara peribadi ialah kerana kegagalan sesebuah institusi kemasyarakatan. Saya telah gagal, anda semua gagal pendek kata "KITA SEMUA TELAH GAGAL" . Usahlah kita menuding jari mencari salah siapa . Kerana satu jari ke arah mereka manakala empat lagi ke arah kita sendiri.
***maaf andai terdapat kesalahan dan kekasaran bahasa ....ini semua adalah untuk kebaikan kita bersama......kerana tugas seorang mukmin adalah menegur kesalahan dan apabila bala Allah menimpa ia tidak akan mengenal yang mana mukmin dan yang mana kufur semuanya akan menerima musibah yang sama ( kerana tidak berpesan-pesan dengan kebenaran -maksud sepotong ayat daripda surah Al -Asr ).

3 Ulasan:
Itulah wajah sebenar KERAjaan yang melaung-laungkan Islam ada Had dan ada Hari itu.
Retorika semata-mata.
aduhai...dapat gelak jer kat sini, hah hah hah
kita tukar, kita tukar.
Post a Comment