07 May 2008

Sekadar buat Renungan

MINGGU lalu, baru saya nak seberang jalan ke Masjid Sultan untuk sembahyangJumaat, seorang pak cik dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Keranamasih ada banyak waktu, saya tak jadi seberang jalan dan tunggu pak cikberjanggut dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Bila beliau hampirpada saya, kami saling memberi salam dan saya menyuruh anak saya menciumtangannya. Orangnya sudah agak berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakanperbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik.Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yangbeliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya pegangbetul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anaksupaya pegangnya betul-betul.
Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sahsembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalanyang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surahAl-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita,kata pak cik.
Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti ingatTuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuknya. Tak guna buat baik tapi takikhlas.
Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pakcik cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zamanglobalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajarsupaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anaksaya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, katapak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar'untukmu agamamu, untukku agamaku'.
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pakcik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.
Pertama, kekuatan minda. Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mestiada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT)dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.
Kedua, kekuatan hati. Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mestikuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebihberkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalauminda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmuboleh rosakkan iman, kata pak cik.
Ketiga, kuat fizikal. Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmunak masuk dalam minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jikatubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih takseimbang, katanya. Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tigakekuatan, beliau minta diri. Terima kasih kepada pak cik. Pesanannya memangbaik.

1 Ulasan:

Anonymous said...

bila lagi nak mengeteh? hehehe

Template by:
Free Blog Templates