Kala hadirnya tanpa suara
Mengetuk jendela waktu
tanpa sedar mewarisi kegusaran
membarisi jalur-jalur kanvas kehidupan
Tatkala kau menjelma diri
pasti akan ada hati yang bercakaran
lantas menggelegaklah api kebencian
melimpahkan lahar duka yang merah menyala
Siapakah dia manakah munculnya
mahu bertanya pada siapa
keliru dan buntu jua yang akan dimilikki
biarlah...
Mungkinkah jemarinya kematu
melangkah ke lembah yang hitam
berselirat pekatnya warna dosa
berpalit dan bercalit
Biarlah....
0 Ulasan:
Post a Comment