Salam Perjuangan
(Buat semua rakan-rakan)
Di siarkan dalam majalah Tunas Cipta (DBP)Julai 2005
Dalam keriuhan suara yang bergema
pasti tersimpul ikatan duka
menjadi rencah dalam kehidupan
meniti liku-liku bahagia
Adakalanya sepi itu perlu
pada mentafsir makna mimpi
adakalanya keterangsingan itu
mengajar erti makna kemanusiaan
Jadilah seperti helang
terbang gagah meneroka isi alam
akhirnya dia jurutera alam.
Namun harus disedari
setelah puas di puncak jaya
perlu pula dipandang rumput di bumi
kerana di situlah kita mula mengenal dunia
andai nanti ada sisa waktu yang terbuang
Segeralah terbang pulang
melihat , mengimbau letaknya sarang
suatu waktu dulu terhias gemilang
Pergilah andai di sana ada harapan
dakilah andai di puncaknya ada kehidupan
kerana perjuangan ada arahnya
capai matlamat cemerlang,gemilang dan terbilang
selamat maju jaya wahai kawan
aku mendokan kejayaanmu.
0 Ulasan:
Post a Comment