Epilog Kotaraya
(Di siarkan di dalam majalah Tunas Cipta (DBP) November 2005
Dalam dakapan subuh yang kudus
Suara hati berbisik lagi
mana kemudi bahtera damai
hilang haluan di lautan sengsara
Suara-suara itu mungkin ada
menyelinap mengintai peluang yang masih bersisa
bisakah ditiup kembali akan pergertian
hakikat perjuangan di medan perang
usah biarkan hipokrit memanah jiwamu
kerana lukanya tiada pernah surut
kelak nanti mengundang celaru
merungkai semangat diri yang padu
layarkan dirimu yang satu
bukan hipokrasi segunung
bukan birokrasi berantai
bukan materialistik semata
cuma semangat jati membela pertiwi
4 Ulasan:
Teruskan perjuangan bro!
saudara, Selamat hari raya dari saya maaf zahir dan batin jika ada sebarang kesalahan ya.
Puisi terbaru sdr tersiar di TC Oktober 2008. Tahniah ...
thanks bro...
Post a Comment