01 February 2009

Pertemuan

pada tanggal 31 Januari 2009, bertempat di bangunan Annexe (bersebelahan pasar seni) telah berlangsung satu pertemuan meraikan ulangtahun kapasitor. 

Perjumpaan ini sebenarnya lebih kepada pertemuan beramah mesra sesama ahli kapasitor. Selama ini mereka hanyalaha mengenali antara satu sama lain melalui internet tetapi kini mereka bersua muka. 

Pelbagai acara diatur, kesemuanya berkaitan aktiviti seni daripada bengkel penulisan kemudiannya persembahan oleh ahli kapasitor.

Apa yang menarik perhatian ialah semangat setiakawan yang tidak mengira status. Programnya yang sempoi dan santai. Komuniti bergini sebenarnya amatlah bermakna untuk penulis-penulis muda yang berbakat menimba ilmu disamping memperluaskan pergaulan sesama mereka. Apatah lagi bengkel penulisan dipimpin oleh penulis muda yang berpengalaman iaitu SerunaiFaqir dan epri tsaqib.

Harapan aku agar komuniti ini akan terus menuju kegemilangan dari semasa ke semasa. sempat juga aku membeli kemeja-T dan Antologi puisi karya epri Tsaqib sebagai kenang-kenangan.

3 Ulasan:

Khar said...

Hidup kapasitor bro! Tahun depan lu kena buat persembahan pula. Hehehe...

macai_suci said...

alamak bro...wa kalau berpuisi mau runtuh stage

umar_skyscooter said...

Aslkm,nice blog,erm nk jmpt tuan rumah ke blog sye ni di http://chipmunk18.blogspot.com ,n jgn lupe linkkn blog ni yer,ok bye

Template by:
Free Blog Templates