Syukur Al-hamdullilah. Puteriku Nurul Faqihah Husna telah selamat di lahirkan pada 16/07/2009 jam 10:35 malam di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Mengimbau kembali detik-detik kelahiran itu membuatkan hati ini bagai di hiris sekeping demi sekeping.
Kini barulah aku mengerti akan pergobanan seorang ibu kepada anak yang amat di sayanginya. Sudahlah ibu mengandungkannya selama 9 bulan. Kemana sahaja pasti akan di bawanya bersama. Maka aku bersetuju benar dengan pepatah Syurga Di bawah Telapak Kaki Ibu. Di saat ibu akan melahirkan. Si Ibu bertarung nyawa, antara hidup dan mati.
Sekarang marilah kita merenung ke dalam diri sejenak. Wajar atau tidak seorang anak menderhakai ibu yang sentiasa melakukan pengorbanan demi pengorbanan demi untuk anak-anaknya.
Saban hari ketika mendengar bahawa ada anak-anak yang membiarkan ibunya terdampar sendirian tanpa pembelaan yang sewajarnya. Mungkin si Ibu agak kolot dan kekampungan. Benar mungkin itu benar. TETAPI si ibu yang kekampungan itulah yang mengandungkanya selama 9 bulan. SI IBU itulah yang melahirkannya. SI IBU KAMPUNG itulah yang mengasuhnya menyuapkan makanan kemulutnya. SI IBU KAMPUNG itulah yang mendemahkan demamnya. SI IBU KAMPUNG itulah yang mengajarnya akan warna dunia tetapi kini setelah bergelar warga kota. Warga tamadun kononya dia lupa akan ibunya. Adilkah ini ? Hanya dengan sedikit teguran dari si Ibu membuatkan si anak rasa terguris maruahnya.
Sedarkah dia si ibu tidak sedikitpun merasa malu demi memberikan anaknya yang terbaik. Si Ibu sanggup menangguhkan sessi perbualannya demi membasuh berak dan kencing anaknya. Sedikitpun si ibu tidak merasa jengkel melihat najis anaknya. TETAPI BAGAIMANA DENGAN SI ANAKNYA? Sesudah menggenggam segulung ijazah. SI ibu hanyalah menyusahkan. Menjengkelkan. Dia malu mengaku ibunya hanya kerana dia memegang status yang bodoh itu! KORPORAT atau KEPARAT?
Ingatlah wahai semua teman dan taulan. Andai hari ini kita mempersiakan ibu kita tidak mustahil anak atau cucu kita akan melakukannya kembali kepada kita. INSAFLAH
NURUL FAQIHAH HUSNA
5 Ulasan:
Salam MC - selamat datang ke alam kebapaan yang penuh cabaran. :)
hmm...thanks bro
hihihi.. ala comel2 :D
congrats farid!
thanks Jojo...hang bila nak kahwin rugi ooo kawin lewat
haahaha.. cis. rugi yer? hujung tahun weh insya allah :D
Post a Comment