22 July 2009

BAHASA BUDAYA BANGSA

Setelah lama tidak menulis entry, hati seakan terpanggil untuk menitipkannya kembali. Ruang masa yang kian sempit dan sesak. Aktiviti penulisan saya juga agak perlahan. Bekerja di bahagian pemasaran dan perhubungan korporat sedikit sebanyak membatasi kelapangan masa saya.

Namun saya akan tetap jua meneruskan minat utama saya ini. Bagi saya aktiviti penulisan ini memberikan saya suatu kepuasan jiwa yang maksima. Hanya melalui cara ini, saya akan dapat meluahkan apa jua yang terbuku di benak fikir.

Saya juga menyedari adakalanya kita tidak mampu memberikan nasihat dan panduan kepada setiap orang. Hanya dengan menulis sahaja saya akan dapat menyampaikan mesej dan pesanan buat sesiapa jua yang membaca tulisan saya. Bukankah ini jua sebahagian daripada usaha- usaha dakwah.

Syabas buat semua penulis di Malaysia. Merekalah pencetus kepada budaya bahasa dan bangsa.

Menyetuh mengenai bahasa. Saya menyokong penuh usaha kerajaan menghapuskan PPMSI. Bagi saya apalah ertinya bangsa kalau bukan kerana bahasanya. Mahukah kita seperti Singapura yang sudah hilang indentitinya.

Tidak kah kita ingin seperti Negara Jepun yang bangga dengan bahasanya. Hinggakan ke persidangan antarabangsa mereka tetap berbahasa jepun sambil diterjemahkan oleh penterjemah. Tidakkah dunia memandang mereka dengan penuh penghormatan.


Siapakah lagi yang akan membela bahasa kita kalau bukan kita sendiri?

2 Ulasan:

sf said...

Salam MC, selamat kembali dan jangan menyepi terlalu lama.

macai_suci said...

hmm mudah-mudahan...

Template by:
Free Blog Templates